Saturday 16 November 2019

Jingga 13 Perak bentuk Sekretariat Negeri Perak


Jingga13 Perak telah membentuk Sekretariat Jingga13 Negeri Perak .


Berikut adalah senarai Sekretariat Jingga13 Negeri Perak :

Koodinator: Shahzalli Ishak

Setiausaha: Norazlin Abd Aziz

Bendahari: Habsah buang

Jinggawanis: Siti Kholijah Shahidan

Jinggawan : Nurfadhli Bin Ali Shibramulisi

AJK :
1) Mohammad syafiq zahin sahril
2) Azharuzzaman bin Sobari
3) Noorlizam bin mohd Saad
4) Muhamad fauzi Ahmad

Pejabat Ahli Parlimen Kuantan bersama Jingga13 Pahang dan Persatuan Penduduk Komuniti Sungai Isap anjur Program Tukar Minyak Hitam Percuma

Jingga 13 Pahang bekerjasama dengan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan dan Persatuan Penduduk Komuniti Sungai Isap , Kuantan dalam program Tukar Minyak Hitam Percuma yang telah disempurnakan oleh YB Hajjah Fuziah Salleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kuantan.


Turut diadakan daalm program tersebut ialah  program pemeriksaan kesihatan percuma yang dilakukan olh Sdr Sanuzi Muhd yang merupakan ahli Jingga13 Pahang .


















Thursday 14 November 2019

Jingga13 Perlis bersama Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Kangar lawat 3 asnaf di DUN Sena , Parlimen Kangar

13 November 2019 , Jingga13  Perlis ziarah 3 buah keluarga di dalam DUN Sena,  Parlimen Kangar.
Turut serta dalam ziarah kali ini adalah Pegawai Khas Ahli Parlimen Kangar Tuan Khizairi Khizan.





Rumah pertama yang kami ziarah ialah rumah Makcik Minah Binti Taib yang beralamat di Lorong Perdana Kampung Alor Lanchang Jejawi.

Makcik Minah menghidapi penyakit kencing manis,darah tinggi dan saraf tulang belakang.
Selama 5 tahun makcik minah terpaksa mengengsot untuk bergerak dan mengharapkan bantuan dari keluarganya.

Makcik Minah tinggal bersama anak dan menantu nya dan tiada bantuan JKM.




Rumah Kedua yang kami ziarah bekas pekerja bandaran Kangar.

Beliau mengalami buta kedua belah matanya selepas menghidap ketumbuhan dalam kepala dan ketumbuhan tersebut menghimpit saraf mata.
Beliau dapat kesan ketumbuhan pada bulan 12 tahun 2004 dan berulang alik ke hospital Penang dari tahun 2004 hingga 2012.
Pada tahun 2012 mata beliau mulai tertutup selepas terhantuk di stereng kereta dan jatuh tangga pada tahun 2018.


Beliau diurus oleh emak dan anak lelakinya.
Selain ketumbuhan beliau juga mengalami tyroid dalam darah.

Untuk bantuan beliau sedang memohon bantuan JKM selepas mendapat kad OKU.




Rumah ketiga pula ialah rumah makcik Chah binti L.Hamid yang berumur lebih 101 tahun yang beralamat di No12 Lorong 4 Jejawi Alor Lanchang Jejawi.

Makcik Chah tinggal bersama anak,menantu,cucu dan cicitnya seramai 5 orang.

Makcik Chah tiada sakit apa-apa hanya mengalami sakit tua dan tidak boleh bangun kerana terjatuh di bilik air dan patah paha.

Makcik Chah terpaksa mengharapkan anak dan menantu untuk mengurus makan dan minumnya.

Jingga13 menyerahkan sedikit sumbangan barangan makanan kepada keluarga terbabit dan pihak kami akan cuba menolong sedaya mampu dengan usahasama Pejabat Parlimen Kangar.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan barang keperluan bolehlah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Khairuddin Yusof di talian 014-6899091 dan Bendahari Jingga13 Perlis Yana di talian 017-4390805 untuk sebarang pertanyaan.
Semoga Penyumbang Dimurahkan Rezeki hendaknya..
Amin Ya Rabbal Alamin

#Muafakat
#Prihatin
#Berani

500 pelajar tingkatan 4 hadir Program Motivasi Kecemerlangan Peperiksaan SPM 2020 anjuran Jingga13 Kluang

Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, Majlis Perbandaran Kluang dan MPKK Kg Muhibah Paloh telah menganjurkan Program Motivasi Kecemerlangan Peperiksaan SPM Tahun 2020. Sasaran program kepada pelajar tingkatan 4 yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2020.


Program motivasi yang bertajuk , SEKARANG BUKAN MASA UNTUK HONEY MOON telah disampai oleh Pakar Motivasi terkenal, Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh.


Program tersebut dimulakan dengan ucapan aluan dari wakil Jingga13 Malayasia, En Afzainizam bin Rahman, Setiausaha Jingga13 Malaysia seawal pukul 9.00 pagi


Seterusnya Pakar Motivasi, Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh menyampaikan motivasi kepada pelajar-pelajar dan juga diadakan sesi soal jawab, program berlangsung sehingga pukul 12.30 tengahari.


Seterusnya ucapan dari Puan Siti Maisarah binti Sewandi dari Majlis Perbandaran Kluang dan ucapan dari En Shahat bin Md Shah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kluang.


Ucapan perasmian program telah dijayakan oleh YB Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Exco Kerajaan Negeri Johor dan juga menyampaikan sijil penyertaan kepada semua pelajar


Program motivasi tersebut melibatkan 500 pelajar dan 100 guru dari 28 buah sekolah yang terdapat di Daerah Kluang


Program turut dihadiri En Zabidie bin Abas, Ketua Koordinator Jingga 13 Johor , Tn Zainal bin Saron Ketua Kampong Muhibah Paloh dan juga komrad2 Jingga 13 Kluang dan Kota Tinggi.


Ucapan terima kasih kepada Tn Zainudin bin Kasim dari Pejabat Pendidikan Daerah Kluang yang banyak membantu dan memberi nasihat untuk menjayakan program motivasi. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program motivasi tersebut. Segala kekurangan mohon jutaan kemaafan.

Sekian, terima kasih

Jaafar bin Matek
Koordinator Jingga 13 Kluang