Saturday, 2 November 2019

PRK P165 Tanjong Piai : Jingga13 Johor diperasmian Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Tanjong Piai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri

Jingga13 Johor bersama YAB Timbalan Perdana Mebteri DS Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB DS Saifuddin Naaution di Perasmian Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Tanjung Piai .


Turun bersama-sama Calon PH P165, Tn Haji Karmaine dan juga rakan-rakan parti. Jingga13 Johor telah menyatakan komitmen akan berkerja bagi membantu kemenangan calon PH sempena PRK P165 Tanjong Piai .



Muafakat Prihatin Berani

Jingga13 Johor
PRK 165 Tanjung Piai

PRK P165 Tanjung Piai : Jingga13 Johor bersama Penerangan Keadilan Johor sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

2 Nov 2019, Jingga13 Johor turun berkempen bersama-sama Penerangan Keadilan Johor.


Lawatan ke rumah mangsa kebakaran di kawasan Parlimen Tanjung Piai, mangsa Sdr Yusri mempunyai seorang isteri dan seorang anak, ketika kejadian semua tiada dirumah, sedikit sumbangan dihulurkan kepada mangsa kebakaran tersebut.


Muafakat Prihatin Berani

Jingga13 Johor
PRK P165 Tanjung Piai

Jingga13 Johor bantu kempen dan menyokong penuh calon Pakatan Harapan PRK P165 Tanjung Piai

KENYATAAN MEDIA
Jingga13 Johor

2 November 2019

Ă€ssalamualaikum

Jingga13 Johor bantu kempen dan menyokong penuh calon Pakatan Harapan PRK P165 Tanjung Piai

Jingga13 Johor menyatakan pendirian menyokong calon Pakatan Harapan sempena PRK P165 Tanjong Piai iaitu  Tuan Haji Kasmainie bin Hj Sardini .


Sepanjang tempoh berkempen dalam PRK P164 Tanjung Piai ini, Jingga13 Johor akan turut mengerakkan jentera bagi membantu kempen bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) .

Walaupun Kerajaan PH baru memerintah, kurang lebih 2 tahun namun banyak kejayaan dan kebaikkan serta peluang peluang yang diberikan, masih tidak diketahui masyarakat umum. Khususnya penduduk yang tinggal diperkampongan dan warga emas yang kurang pendedahan dengan maklumat semasa.


Justeru , Jingga13 Johor bersedia membantu dan menyusun gerak kerja turun ke bawah, bertemu segenap lapisan masyarakat bagi memberi penjelasan yang sebenarnya dan membantu kempen dengan merancang pelbagai aktiviti termasuk program jejak asnaf , fakir miskin , OKU , Ibu Tunggal , warga emas dan anak yatim .

Kami juga akan bergerak mendaftarkan kepada golongan B40, E-kasih, I-Suri, Takaful Warga Emas, OKU dan sebagainya serta
menjadi lidah kepada kerajaan PH.

Kami menyeru kepada pengundi Tanjung Piai agar mengekalkan kemenangan PH dengan mengundi Tuan Hj Kasmaine bin Hj Sardini.

Kepada pengundi luar, kami merayu agar semua balik mengundi bagi menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi kelak.

Semoga kemenangan PH dapat dikekalkan dan memperolehi kejayaan yang lebih besar.

MUAFAKAT ÷ PRIHATIN ÷ BERANI

Zabidie Abas
Ketua Kodinator Jingga13 Johor

Friday, 1 November 2019

Jingga13 Johor dan Kota Tinggi sampaikan sumbangan kerusi roda kepada adik Wan Mohamad Nor yang lumpuh

Menyampaikan sumbangan kerusi roda, pampers dan wang tunai kepada adik Wan Muhamad Nor yang lumpuh akibat kemalangan ditempat kerja.


Beliau adalah seorang OKU  tetapi telah dihentikan bantuan sarahidup dari JKM kerana sudah mampu menyara kehidupan. Namun akibat kemalangan yang menimpa, menyebabkan beliau tidak mampu bekerja lagi.


Jingga13 Johor bersama Jingga13 Kota Tinggi terpanggil untuk menghulurkan sumbangan kerusi roda dan beberapa keperluan diri serta wang tunai bagi menzahirkan simpati dan keperihatinan kami.


Doa kami panjatkan agar beliau segera sembuh dan dapat kehidupan seperti biasa...


Thursday, 31 October 2019

Jingga13 Kluang bersama Ahli Majlis MPK anjur Kejohanan Bola Tampar Tertutup Kluang 2019

Kejohanan Bola Tampar Tertutup Kluang Tahun 2019 Anjuran bersama Jingga13 Kluang dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kluang


Kejohanan akan diadakan pada hari Jumaat, 8 Nov 2019 bertempat di Dewan Sek Men Keb Tun Hussein Onn, Kluang

Menurut Sdr Jaafar Matek , Koordinator Jingga13 Kluang , " 12 pasukan dalam Daerah Kluang dan juga sekitar Kluang telah bersetuju untuk turut bersama-sama memeriahkan Kejohanan yang pertama kali dianjurkan dalam tahun ini di Daerah Kluang ".


12 pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan yang akan dijalankan secara liga dengan Johan setiap kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya.

Tambah Sdr Jaafar Matek , " Kejohanan ini  menawarkan hadiah wang tunai berserta medal dan juga hamper.
Johan akan menerima RM400, Naib Johan RM300 dan 3/4 RM100 ".


Selamat bertanding kepada semua pasukan. Kepada orang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi Kejohanan tersebut.


Jingga13 Malaysia wujudkan Jingga13 Rescue Team siap siaga hadapi Monsun Timur Laut

Jingga13 Malaysia telah mewujudkan J13 Rescue T e( J13RT ) Di negeri- negeri yang bakal berdepan dengan Monson Timur Laut .

J13RT telah diwujudkan di 6 negeri yang sering mengalami bencana banjir iaitu di Terengganu , Kelantan , Pahang , Johor , Kedah dan Perlis .



Menurut Ketua Koordinator Jingga13 Malasysia , Fariz Musa , " J13RT akan turut memberikan komitmen membantu NADMA dan agensi-agensi yang terlibat dengan bencana banjir sebagai sukarelawan terutama di Pusat Permindahan Sementara mangsa-mangsa banjir di lokasi-lokasi tertentu ".

Semoga usaha murni ini J13RT dapat memberikan khidmat yang terbaik serta  menimba pengalaman dan kemahiran dalam usaha-usaha menyelamat dan membantu rakyat yang ditimpa bencana .

JINGGA 13 PERLIS ZIARAH PAKCIK ABDUL HALIM DERITA SAKIT SARAF.

Derita penyakit saraf yang dihadapi pakcik Abdul Halim selama 28 tahun amat menyedihkan.


Beliau kini hanya menumpang dirumah anaknya dan dijaga oleh bekas isterinya secara sukarela kerana simpati melihat keadaan beliau.


Jingga13 Perlis diberitahu beliau dahulu bekerja sendiri sebagai mekanik membaiki radio dan televisyen dan tidak mempunyai pencen hanya bergantung kepada bantuan JKM sebanyak RM300 untuk membeli lampin pakai buang.


Beliau hanya mampu memakan bubur dan meminum susu DUMEX untuk orang dewasa untuk mendapatkan sedikit tenaga yang hanya boleh beliau dapati sesekali sahaja.

Jika ada pihak yang prihatin ingin menyumbang susu dan makanan kepada pakcik Abdul Halim bolehlah hadir dirumah anaknya di alamat BARU 3 1/4 JALAN KAKI BUKIT 01000 KANGAR PERLIS.

Kami Jingga 13 perlis membuat program mencari golongan asnaf orang miskin disetiap sudut negeri perlis untuk kami cuba bantu sekadar yang termampu.


Jika tuan puan dato yang menyokong perjuangan kami untuk membantu meringankan sedikit beban penderitaan mereka bolehlah hulurkan sumbangan berupa barang makanan harian untuk kami sampaikan kepada golongan ini.

Hubungi ketua koordinator jingga 13 perlis Encik KHAIRUDDIN MOHD YUSOF di talian 0146899091 atau bendahari jingga 13 perlis Puan Liyana Yana di talian 0174390805.

Marilah kita sama2 membantu mereka yang memerlukan walaupun dengan sekampit tepung sudah cukup untuk lihat mereka tersenyum.

#jingga13
#muafakat
#prihatin
#berani

Jingga13 Johor dan Kota Tinggi ziarahi sahabat seperjuangan derita sakit jantung

Jingga13 Johor dan Kota Tinggi menziarahi rakan seperjuangan Sdr Najhan Bin Johan dan menyampaikan sumbangan kewangan bagi meringankan beban kos rawatan beliau.


Beliau telah disahkan mengidap sakit jantung dan tidak lagi dibenarkan bekerja terlalu kuat.

Beliau telah beberapa kali mendapatkan rawatan hospital dan juga rawatan tradisional. Setakat ini kesihatan beliau agak stabil.


Jingga13 Johor dan Kota Tinggi mengambil kesempatan atas keprihatinan kami, menziarahi dan menghulurkan sumbangan tunai bagi dimanfaatkan untuk rawatan beliau.

Kami juga turut mendoakan agar beliau terus pulih dan kembali sihat seperti sediakala.
.
Zabidie Abas
Kordinator J13 Johor

Wednesday, 30 October 2019

Salam takziah daripada Jingga13 Malaysia kepada Tok Ayah Idris Othman dan ahli keluarga

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Salam takziah  daripada Jingga13 Malaysia kepada Tok Ayah Idris , Koordinator Jingga13 Kedah dan seluruh ahli keluarga ⁩di atas pemergian adik kandung tersayang .

Semoga roh arwah diampunkan segala dosa dan dicucuri rahmatNya ke atas roh beliau dan di tempatkan bersama-sama kekasih Allah.  Amin .




Jingga13 Malaysia hadir taklimat persediaan Monsun Timur Laut (MTL) 2019 oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara ( NADMA ) JPM

Jingga13 Malaysia hadir taklimat persediaan Monsun Timur Laut (MTL) 2019 oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) JPM!

Jingga13 Malaysia telah dijemput oleh NADMA, Jabatan Perdana Menteri  bagi menghadiri satu taklimat Persediaan MTL 2019 pada 30 Oktober 2019, jam 9.00 hingga jam 1.00 tengahari di Dewan Kuliah, Aras 4, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Cyberjaya.



Setiausaha Jingga13 Malaysia Sdr Afzainizam Abd Rahman dan Puan Cheng Mee Chan turut mewakili Jingga13 Malaysia .



Jingga13 Malaysia telah
menggerakkan Jingga13 Rescue Team khususnya di negeri-negeri yang sering mengalami banjir di musim tengkujuh ini melibatkan negeri Terengganu , Pahang , Perlis , Kedah , Kelantan dan Johor .



Sunday, 27 October 2019

Jingga13 Kluang gotong royong baiki atap warga emas



Pada 26 Oktober 2019 ,  Jingga13 Kluang membantu memperbaiki atap rumah warga emas di Kg Melayu Manong Jalan Batu Pahat, Kluang


Terima kasih kepada Komrad Liaw Kim Juan yang sangat prihatin dengan menyumbang dana untuk baiki rumah tersebut

Muafakat Prihatin Berani

Jingga13 Kluang