Saturday 12 October 2019

JINGGA 13 PERLIS MENDAPAT PERHATIAN RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN

Alhamdulillah jingga 13 perlis mendapat perhatian dari individu 2 yang ingin memberikan sumbangan kepada golongan asnaf di sekitar negeri perlis.


Tugas kami jingga 13 adalah mencari golongan asnaf dan miskin tegar untuk meringankan sedikit beban kehidupan mereka.

Golongan ini adakalanya tidak dapat sebarang bantuan kerana tidak tahu cara dan jalan untuk mengubah nasib mereka.


Mana2 pihak atau individu yang ingin memberi sedikit sumbangan ikhlas untuk kami sampaikan bolehlah menghubungi koordinator jingga 13 perlis KHAIRUDDIN MOHD YUSOF di talian 0146899091 atau bendahari jingga 13 Puan LIYANA YANA di talian 017-4390805
Terima kasih kepada penderma dari kami Jingga13 Perlis.


ZIARAH PEDULI : JINGGA13 PERLIS SANTUNI ANAK YATIM

Ziarah Peduli Jingga13 Perlis menziarahi 2 orang anak yatim yang baru kehilangan ibunya akibat kemalangan jalanraya.


Mereka dua beradik tinggal berdua di sebuah rumah kecik yang baru di buat di belakang rumah nenek mereka.

Si kakak sudah habis sekolah manakala adiknya masih bersekolah rendah.

Si kakak tidak dapat bekerja kerana motosikal yang mereka ada rosak dan tidak cukup wang untuk membaiki.


Selepas mendapat makluman Jingga13 Perlis terus menziarahi mereka dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.
Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka dua beradik..

Kepada mana-mana pihak atau individu yang ingin memberi barang keperluan dapur kepada keluarga asnaf atau sebagainya bolehlah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Encik Khairuddin Yusof di talian 014-6899091 atau boleh whatsapp Kepada Bendahari Jingga13 Perlis Puan Liyana di talian 017-4390805 untuk sebarang pertanyaan.
Terima kasih dari kami Team Jingga13 Perlis.

Jingga13 Perlis laksana program Ziarah Peduli , ziarahi TokSu

Tanggal 11 Oktober 2019 , "Ziarah Peduli" Jingga13 Perlis pada menziarahi seorang pakcik atau dikenali dengan panggilan TokSu di kampung tersebut.


Untuk makluman semua TokSu tinggal bersama 2 orang anak lelaki nya yang hanya bekerja sebagai nelayan.

Jika hujan mereka terpaksa mengikat perut kerana anaknya tidak dapat turun ke laut untuk bekerja.
Dan jika terputus bekalan mereka terpaksa meminta kepada jiran untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka bertiga.


Sudah lebih setahun lebih selepas mendapat rumah dari kerajaan negeri hanya mempunyai 1 bilik sahaja tetapi bekalan air dan api terpaksa berkongsi dengan jiran sebelah.

Apa yang memeranjatkan kan kami  Jingga13 Perlis TokSu masih menggunakan kad pengenalan yang lama kerana tidak mampu untuk membuat yang baru.
Disebabkan inilah tiada bantuan seperti e-Kasih , JKM dan sebagainya.



Selepas mendapat maklumat Team Jingga13 Perlis terus menziarahi TokSu dan menyampaikan sedikit barang keperluan dapur hasil sumbangan orang ramai.


Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban Toksu dan keluarga.

Kepada mana-mana pihak atau individu yang ingin menyampaikan barang keperluan dapur kepada keluarga asnaf yang miskin dan pesakit kronik boleh lah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Sdra.Khairuddin Yusof di talian 014-6899091 atau boleh whatsapp kepada Bendahari Jingga13 Perlis Puan Liyana di talian 017-4390805 untuk sebarang pertanyaan.

3 keluarga asnaf terima sumbangan daripada Jingga13 Terengganu

Tanggal 11 Oktber 2019 , jam 5 petang , Jingga13 Negeri Terengganu telah menyampaikan sumbangan barang makanan kepada tiga keluarga asnaf di Kg Hiliran dan Kg Pulau Kambing, Kuala Terengganu .




Friday 11 October 2019

Jingga13 Kluang sampaikan 5 Kotak susu tepung untuk Adik Nur Amniya Lutfiah sumbangan Econsave


Jingga13 Kluang telah menghantar permohonan sumbangan Susu Tepung buat keluarga En Jefri yang mana anaknya Adik Nur Amniya yg berusia setahun lebih mengalami masalah kesihatan kepada Pasaraya Econsave.

Alhamdulillah, pihak Pasaraya Econsave bersetuju untuk menyumbang 5 Kotak susu tepung untuk Adik Nur Amniya Lutfiah.

Sumbangan telah disampaikan di Pasaraya Econsave petang ini dengan kehadiran Komrad Jingga13 dan juga keluarga tersebut.

Jingga13 Kluang mengucapkan terima kasih kepada Pasaraya Econsave atas sikap prihatin kepada masyarakat.

Sekian

Jaafar Bin Matek
Koordinator Jingga13 Kluang

Jingga13 Perlis terus santuni si miskin dengan istiqamah

Petang nanti JINGGA 13 PERLIS akan menyampaikan barangan makanan kepada 2 lagi keluarga miskin di sekitar negeri perlis.


Kami Jingga 13 perlis masuk ke ceruk2 kampung untuk mencari data asnaf dan orang miskin yang terpinggir.

Kebanyakan mereka tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan bantuan dari JKM ataupun lembaga zakat dan tidak tahu mengenai apa2 program untuk menambah baik kehidupan mereka.

Tujuan kami hanyalah untuk memberikan jalan dan membantu sedaya yang mampu dan memberikan sedikit sumbangan untuk meringankan sedikit beban mereka..


Kepada mana2 pihak atau individu yang ingin menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada keluarga miskin untuk kami sampaikan bolehlah menghubungi koordinator jingga 13 perlis KHAIRUDDIN MOHD YUSOF di talian 0146899091. Atau bendahari JINGGA 13 PERLIS Cik liyana Yana di talian 0174390805

Thursday 10 October 2019

Kerajaan harus buktikan belanjawan lebih berjiwa rakyat - Jingga13 Malaysia

MOHD ALI HASHIM
10 Oktober
, 2019 7:00 am

Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan esok oleh kerajaan harus menjurus kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berjiwa rakyat, kata Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.

Kata beliau, Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan haruslah mempunyai penambaikan terhadap bajet 2019 yang lalu.

“Apa yang lebih penting ialah adanya penambahbaikan bagi mengatasi segala kelemahan yang lalu.

“Segala kepincangan dan kekurangan yang telah dikenal pasti harus diberi perhatian sepenuhnya oleh kerajaan, khususnya melibatkan golongan B40.

“Ia termasuk juga golongan miskin dan rakyat biasa yang turut mesti diberi perhatian yang serius, ” tegasnya.

Menuruf Fariz lagi, peningkatan ini amat penting dalam merealisasikan manifesto dalam bajet yang akan datang.

Malah ujarnya, sebelum ini kerajaan terpaksa berhadapan dengan pelbagai tribulasi termasuk isu rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

“Rakyat kini hendak melihat ketelusan pengurusan kewangan oleh kerajaan PH.

“Kerajaan harus buktikan bahawa kerajaan yang dipilih kali ini telus dan bersih serta mampu mengurus kewangan dengan baik.

“Sudah pasti segala kebaikan untuk rakyat adalah dengan menaik taraf dan meningkatkan sosio-ekonomi yangg melibatkan golongan B40 serta golongan miskin, ” tambah beliau.

Katanya lagi, peranan semua pihak harus dibuktikan tanpa adanya sifat retorik.

Manakala itu tegas Fariz, segala unsur-unsur penyelewengan, rasuah dan kronisme serta kepincangan mesti segera dihentikan.

Sehubungan itu katanya, pengurusan kewangan yang lebih tersusun dan sempurna akan memberi banyak manfaat kepada rakyat yang telah memberi mandat dalam pilihan raya umum yang lalu.

Sejajar dengan itu sarannya, Belanjawan 2020 ini menjadi belanjawan yang amat dinantikan oleh rakyat kerana ia memberi suatu harapan baru setelah PH berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum yang lalu.                                       
https://malaysiadateline.com/kerajaan-harus-buktikan-belanjawan-lebih-berjiwa-rakyat/#.XZ5w9J7_Xd8.whatsapp

Jingga13 Johor ziarahi pesakit stroke dan ibu yang sakit

Jingga13 Johor telah menziarahi pesakit terlantar akibat stroke sejak 2 tahun yang lalu.


Mahu dikenali hanya dengan panggilan Faizal. Sorang yang masih bujang, berumur 46 tahun dan tinggal bersama Ibu yang juga menderita pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, gout, sakit lutut dan berat badan yang berlebihan.  Menjadikan Kesukaran bagi ibu untuk membela anak yang stroke tersebut .


Jingga13 Johor PERIHATIN dan  rasa terpanggil untuk menziarahi dua beranak ini. Kami turut menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan dan menggembirakan mereka.


Sepanjang menderita sakit ini, beliau telah mendapat bantuan bulanan dari JKM dan Baitulmal. Namun ianya sekadar mencukupi untuk menyara kehidupan makan minum sahaja. Kos ubatan dan rawatan/urutan terpaksa dikurangkan bagi mengutamakan makan minum.


Wednesday 9 October 2019

Ayah bersama 3 anak merempat di kontena buruk , Jingga13 Johor lawati mereka

Hari ini, saya terima aduan, ada satu keluarga hidup melarat dan menumpang di sebuah kontena kosong yang telah ditinggalkan bertempat di Saleng, Kulai, Johor .

Saya bersama 5 orang komrad Jingga13 Johor yang lain bergegas ke tempat tersebut dan menyaksikan sendiri kedaifan kehidupan mereka.


Seorang ayah yang ditinggalkan oleh isteri bersama 3 orang anak, 15 tahun, 10 tahun dan 7 tahun. Bekerja sebagai tukang masak disebuah restoren, tetapi selama beberapa bulan telah tidak dibayar gaji menyebabkan mereka dihalau keluar dari rumah sewanya. Kini hidup merempat dijalanan.


Mujurlah ada kontena buruk dijadikan tempat sementara untuk berteduh. Manakala anak anaknya terpaksa diberhentikan persekolahan mereka kerana ayahnya tidak mampu. Sekarang ini bekerja sebagai pembantu kedai. Pendapatan hanya mampu untuk menyara makan dan minum keluarga sahaja.


Kami Jingga13 Johor, datang menghulurkan sedikit bantuan makanan untuk meringankan kesempitan yang dihadapi sekarang.


Selanjutnya kami akan berusaha sedaya upaya untuk membawa perkara ini kepihak JKM, PPD dan Baitulmal agar bantuan yang sepatutnya dapat dihulurkan kepada mereka.


Kami juga akan mengetengahkan kedaifan mereka kepada YB dan Pemimpin PH di kawasan yang berkenaan. Semoga ada pihak yang sudi membantu..


Laporan oleh :
ZABIDIE ABAS
Koordinator
JINGGA13 Johor

Tuesday 8 October 2019

JINGGA13 PERLIS LANCAR KEMPEN SEDEKAH 1 SET BARANG DAPUR (RM25) UNTUK FAKIR MISKIN


Jom bersedekah ......

Ziarah Prihatin Jingga13 Kluang ke rumah pesakit kanser testkula


Ziarah Prihatin Jingga13 Kluang ke rumah Sdr Muhammad Asrol Danial di Taman Kluang Indah, Kluang

Sdr Muhammad Asrol Danial menghidap penyakit kancer testkula yang mengakibatkan beliau hilang keupayaan untuk bekerja bagi menyara keluarganya

Beliau mempunyai seorang isteri yg sarat mengandung, dijangka melahirkan anak dalam bulan November , beliau juga mempunyai 2 orang anak yang berusia 2 tahun dan 1 tahun

Dalam kunjungan ini, Jingga13 Kluang menghulurkan sumbangan susu tepung S26 dan juga pampes Drypes untuk keperluan anak2nya, diharap ianya dapat meringankan sedikit beban beliau.

Terima kasih kepada pihak SV Prohealth Pharmacy Sdn Bhd yang menyumbang susu S26 tersebut .

Insya Allah Jingga13 Kluang akan mencuba mendapatkan bantuan-bantuan yang perlu bagi beliau.

Sunday 6 October 2019

Jingga13 Kedah bantu agih makanan dan minuman kepada mangsa banjir kilat di Baling

Malam ini , Jingga13 Kedah terlibat dengan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan  termasuk kawasan ahli Sekretariat Jingga13 Kedah sendiri .




Menurut Koordinator  Jingga13 Kedah , Tok Ayah Idris , " Jingga 13 Kedah turut memberi bantuan makanan dan minuman kepada mangsa yang terlibat dan selebih diuruskan oleh APM dan Pasukan Bomba dan Penyelamat ".


Kejadian banjir kilat tersebut berlaku melibatkan Kg Bendang Sera, Kg Lubuk Pedati dan kampung di sekitar Baling .

Ahli Sekretariat kita bersama Ketua MPKK Lubuk Pedati membantu di rumah Bendahari Jingga13 Kedah yang terlibat dengan banjir kilat tersebut . 











Johannizam pimpin Jingga13 Kuala Langat , Sekretariat Jingga13 semakin mantap

Tidak dinafikan Jingga13 Kuala Langat adalah Jingga 13 yang sudah lama bertapak di negeri Selangor Darul Ehsan  . Antara Jingga 13 yang bergerak aktif melakukan aktiviti sosial dan kebajikan kepada rakyat.

Berikut adalah Sekretariat Jingga13 Kuala Langat :

Koordinator : Johannizam bin Abd Razak
Setiausaha : Zainal bin Abidin
Bendahari : Arman Bin Abdol Kornain
Jinggawan : Hamizam bin Eusoff
Jinggawanis : Rashina binti Arsat

AJK :
1. Sulaiman @ Zakaria bin Khairi
2. Irwan bin Yahya
3. Mohammad Asri bin Misdar
4. J.Ramjiah binti Sabri
5. Rasyidah bt Abd Rahman

Semoga Jingga13 Kuala Langat akan terus sukses dan meneroka. Khidmat bakti kepada golongan fakir miskin dan masyarakat Kuala Langat .


JINGGAWANIS RAYU BANTU EN SAMSURI , DERITA LUMPUH TINGGAL BERSAMA ADIK OKU MENTAL

5 Oktober, 2019 Jinggawanis Jingga13 Malaysia yang di wakili oleh Koordinatornya Saudari Liny Obliza dan Setiausaha Jinggawanis Saudari Mazliwati melawat En. Samsuri Bin Mohd. Hamzah yang menderita lumpuh setelah mengalami kemalangan semasa berkelah di Kg. Kemensah, Ampang.


En. Samsuri yang pada ketika itu bekerja sebagai Juruteknik di Sime Darby telah terjatuh ke dalam sungai dan kepalanya terhantuk batu, mengakibatkan tempurung kepala pecah dan juga patah tulang belakang. Beliau telah dikejarkan ke hospital, selepas pembedahan En. Samsuri tidak lagi dapat  berjalan.


Selepas beliau keluar dari hospital, beliau telah dijaga oleh ibunya.  Dua tahun yang lepas ibu En. Samsuri telah meninggal dunia. Kini beliau tinggal di Desa Lembah Permai, Ampang  bersama seorang adik juga seorang OKU, di mana adik En. Samsuri seorang pesakit mental.

Terbaru En.Samsuri telah menjalani operation bagi membuang sebelah isi punggung kerana  telah dijangkiti kuman.  Kini beliau mengalami kesukaran untuk duduk dan cuma berbaring di kebanyakkan waktu.


En. Samsuri memerlukan ubat-ubatan bagi mencuci luka setiap hari. Beliau juga mendapat bantuan dari Pusat Zakat lebih kurang rm11 ribu setahun. Jumlah itu tidak mencukupi memandangkan beliau membelajakan sejumlah RM2 ribu sebulan bagi membeli pampers, ubat-ubatan termasuk (dressing set).


Jinggawanis, Jingga13 Malaysia ingin merayu sumbangan bagi meringankan derita yang ditanggung oleh En. Samsuri serta keluarganya. Sumbangan boleh terus ke :-

Samsuri Bin Mohd Hamzah
14005-41-00002004-3
BSN

Jingga13 Negeri Sembilan turun padang lawati asnaf di sekitar Port Dickson

Pada tarikh 5 Oktober 2019, Seramai 6 anggota Jingga 13 Negeri Sembilan turut serta untuk turun padang yang di ketuai oleh Koordinator Jingga 13 Negeri Sembilan saudara Mohd Khairudin bin Hashim . mereka telah menziarahi golongan yang kurang bernasib baik Di Daerah Port Dickson sekitar Kqmoubg Pasir Panjang, Kampung Bagan Pinang, Taman Poli, Kampung Teluk Kemang dan Linggi.



Lawatan di sekitar Kg. Bagan Pinang, pihak kami menziarahi keluarga Puan Ruzaimah yang menghidap penyakit buah pinggang dan salur jantung tersumbat, beliau memerlukan duit sekitar RM350. 00 untuk menampung kos ubat-ubatan dan peralatan untuk membuat proses dialisis di rumah beliau.  Ini kerana peralatan yang sedia ada tidak mencukupi dan memaksa beliau untuk mengeluarkan Wang sakunya yang sepatutnya dibelanjakan untuk keperluan harian.



Seterusnya di kawasan Kg. Linggi, pihak kami di kejutkan dengan keadaan asnaf yang sangat daif, hinggakan rumah yang didiami oleh beliau sangat usang. Sudah hampir 3 ke 4 kali pihak kami menziarahi rumah beliau namun ada yang mengatakan beliau tidak menduduki rumah tersebut untuk sementara waktu bagi tujuan baik pulih. Namun kini, ramai pihak yang membantu beliau, Jingga 13 Negeri Sembilan hanya dapat menghulurkan sedikit sumbangan yang berupa barangan dapur untuk keperluan harian Dan Tong Gas kepada beliau.



Di samping itu,seramai 6 orang komrad jingga13 negeri sembilan yang Di ketuai oleh saudara Mohd Khairudin menyusun langkah untuk meneruskan lagi misi menjejak asnaf di sekitar Kg. Pasir Panjang, Pihak jingga13 negeri sembilan menziarahi Dan mendengar keluhan, rentihan seorang ayah yang mempunyai 3 orang anak yang menghidap penyakit tyrod, kaki bengkak dan sesak nafas. Beliau tidak dapat pergi untuk membuat rawatan susulan ke HKL ekoran atas sebab tidak dapat mengendalikan kenderaan sebab faktor kesihatan yang beliau hadapi.




Seterusnya,sekitar pukul 3.45 petang pihak Jingga 13 bergerak ke Taman Poli untuk memberi sedikit sumbangan kepada Puan Jinab yang menghidap penyakit darah tinggi Dan kaki beliau sudah tidak berdaya lagi untuk berdiri lama,beliau memerlukan pempes untuk kegunaan harian.



Manakala 2 lagi keluarga asnaf yang lain merupakan SURI rumah sepenuh Masa sahaja, yang memperolehi pendapatan dari sumber gaji anak-anaknya.



Harapan kami, dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang kurang bernasib bai