Saturday 28 September 2019

Jejak Asnaf Jingga13 Negeri Sembilan : Sampaikan sumbangan kepada 5 keluarga fakir miskin dan OKU

Jingga13 Negeri Sembilan menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian kepada lima buah keluarga asnaf di kawasan Port Dickson, hari ini.

Sdr Mohd Khairudin Hashim selaku Koordinator Negeri Sembilan bersama tiga ahli yang lain sudah mengenalpasti golongan miskin, asnaf dan OKU bagi membolehkan sumbangan disalurkan kepada mereka sebagai bantuan untuk meringankan bebanan golongan itu di negeri ini.



Inisiatif ini dilaksanakan Jingga13 Negeri Sembilan dalam usaha untuk mendekati golongan tidak berkemampuan



Diharap bantuan ini akan meringankan beban penerima disamping membuktikan keprihatinan Jingga13 Negeri Sembilan dalam mendekati dan membantu golongan yang memerlukan.






Jejak Asnaf Jingga13 Perlis : Lawati Pakcik Ismail sekeluarga yang sakit

Pada hari Jumaat , 27 September 2019, Jingga13 Perlis melawat beberapa keluarga Asnaf dan sakit disekitar Negeri Perlis untuk memberikan sumbangan barangan makanan dan keperluan dapur kepada keluarga mereka.

Rumah yang Jingga 13 Perlis lawati kali ini adalah rumah Pakcik Ismail bin Seman asnaf yang mengalami masalah penglihatan ( tidak berapa nampak ) , masalah jantung , kencing manis , asma dan buasir.


Pakcik Ismail tinggal bersama isteri nya yg bernama Siti Asa binti Ahmad yang mengalami retak kedua belah lutut dan dua anaknya yang mengalami asma yang kronik dan tidak bekerja.


Mereka tinggal menyewa di sebuah rumah dengan kadar bayaran RM250 sebulan dan bantuan JKM sebanyak RM350 setiap bulan dan juga Baitulmal RM200 sebulan. Namun begitu bantuan yang diperolehi adalah tidak mencukupi untuk membiayai bayaran rumah sewa, ubat-ubatan serta makan minum Pakcik Ismail sekeluarga .

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Encik KHAIRUDDIN MOHD YUSOF di talian 0146899091 atau Whatsapp Bendahari Jingga 13 Perlis Cik Liyana di talian 0174390805.


Friday 27 September 2019

Sharibuddin pimpin Sekretariat Jingga13 Negeri Pahang

Jingga13 Pahang telah berjaya membentuk Sekretariat Jingga13 Negeri Pahang yang dipimpin oleh Komrad Ahmad Sharibuddin Ismail dan Timbalan Koordinator Komrad Razali Abu Bakar .

Berikut adalah barisan Sekretariat Jingga13 Negeri Pahang

Koordinator-Ahmad Sharibuddin Ismail (KUANTAN)

Timbalan koordinator
Razali Abu Bakar (PEKAN)

Setiausaha-
Dennis Chow Chin Fei (IM)

Bendahari-
Ashida Hasnah (KUANTAN)

Jinggawanis-
Norafiza Ahmad Zaidi (BERA)

Jingawan -Khairul Asri (JERANTUT)

Ajk- Aliff( PEKAN)
AJK- Mohd Amirulhakim Mohd Fouzi (ROMPIN)
AJK- Hasmawati Zainal (SG KOYAN,CH)
AJK- Ismail Leh (ROMPIN,OA)
AJK- Norazlan Zain (TEMERLOH)

Jingga13 Pahang terus bergerak aktif dan telah mengadakan beberapa progran jejak asnaf bagi tujuan meringankan bebanan  golongan fakir miskin dan asnaf .


Jingga13 Pahang rayu sumbangan untuk Adik Nur Aisyah perlukan alat sokongan pernafasan




Adik Nur Aisyah Humairah 
binti Mohd Asrul berusia 5 tahun. Beliau terlibat kemalangan bersama bapanya pada hari Isnin lepas , beliau mengalami kecederaan patah tengkuk dan gegaran otak yang agak serius kini masih di rawat di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan .

Adik Nur Aisyah memerlukan  alat sokongan pernafasan yang berharga RM 12,500 ( belum termasuk kos lain ).

Bapanya Mohd Asrul bin Ghazali merupakan seorang Bilal di Masjid Tareq Ziat , Kempadang juga kini berada di hospital yang sama .  . Sewaktu ziarah tadi beliau sedang menjalani pembedahan , di mana beliau menghadapi  patah kaki dan rahang mulut.

Manakala ibunya Noraini Nordin seorang surirumah masih kelihatan sangat sugul dan masih terpinga-pinga  ,  di  tambah pula terpaksa menjaga suami dan anaknya yang berlainan tingkat . 

Setakat ini Jabatan Sosial HTAA hanya boleh menanggung kos bil-bil perubatan hospital mereka  dua beranak sahaja . 

Justeru Jingga13 Pahang merayu kepada warga Malaysia yang pemurah agar dapat membantu Adik Nur Aisyah dengan menghulurkan sumbangan ke akaun Bank CIMB 7034781974 atas nama Noraini binti Nordin
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 011-55201747 Pn. Noraini Nordin. 

Bantulah Adik Norafifudin , Jingga13 Perlis Rayu Keperihatinan Rakyat Malaysia

Jingga 13 Perlis melawat beberapa keluarga miskin dan sakit di sekitar Negeri Perlis untuk memberikan sumbangan barangan makanan kepada keluarga mereka.


Rumah pertama Jingga 13 Perlis lawati adalah rumah seorang anak syurga bernama Norafifudin bin Amir yang diserang penyakit Unilateral Spastic Quadripeqic Cerebral Palsy with Epilepsy sejak lahir.


Ibunya bernama NorHaizah Bt Din seorang ibu tunggal tidak bekerja hanya menjaga anaknya yang sakit


Mereka tinggal di sebuah rumah flat PPR Sena di alamat Blok B Tingkat 2 Nombor rumah 20 dan mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM250 setiap bulan untuk bantuan perubatan anaknya.

Adik Norafifudin yang sakit itu perlukan makanan khas setiap hari yang berharga 150 ringgit setiap kotak.

Jingga 13 perlis merayu kepada mana2 pihak atau individu yang sudi menghulurkan sumbangan untuk makanan adik Norafifudin bolehlah menyumbang terus kepada akaun ibunya  bernombor
1590 1291 8623
MAYBANK
NORHAIZAH BT DIN

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin memberi sumbangan berupa makanan boleh hubungi Koordinator Jingga 13 perlis Encik KHAIRUDDIN MOHD YUSOF di talian 0146899091 atau Whatsapp Bendahari jingga 13 perlis Cik LIYANA di talian 0174390805



Al Fatehah ... Pergi tak kembali ....


Di atas permergian ke rahmatullah Allahyarham komrad Shahrul Nizam Bin Mohd Ramly .

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan kekasih Allah.

Thursday 26 September 2019

Kasihani Tok Anjang ........


JINGGA 13 PERLIS RAYU BANTU KELUARGA TOK ANJANG, DUA ANAK DERITA SAKIT SARAF

https://jingga13malaysia.blogspot.com/2019/09/jingga-13-perlis-merayu-membantu.html?m=1

Di sini lahirnya sebuah cinta.....


Bertapak di bumi ini ku melangkah
Ke utara , selatan , timur dan barat
Ku jejaki ....
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini.

( Penyambung warisan )

Wednesday 25 September 2019

JINGGA 13 PERLIS RAYU BANTU KELUARGA TOK ANJANG, DUA ANAK DERITA SAKIT SARAF


Tanggal 24 September 2019 - Jingga 13 Perlis mengadakan Jejak Asnaf dan memberi sedikit sumbangan kepada sebuah keluarga asnaf di kampung Guar Ujung Batu bersama Bendahari Jingga 13 Malaysia Encik Amizudin Bin Ahmat di rumah makcik Hamidah.


Beliau dikenali sebagai Tok Anjang seorang ibu tunggal yang menjaga kedua anak perempuannya bernama Norhalija binti Mat Isa dan Normila binti Mat Isa yang diserang penyakit saraf sehingga tidak lagi mampu hidup sempurna dan normal sepertimana orang lain. .


Anak perempuannya yang pertama iaitu Norhalija
masih belum berkahwin , manakala anak  kedua iaitu Normila sudah berkahwin kini dalam proses perceraian kerana suaminya  tidak mahu bertanggungjawab menanggung 3 orang anak yang masih bersekolah dan seorang yang tidak bersekolah . Sungguh menyedihkan kondisi mereka berdua .



Hidup keluarga ini hanya bergantung kepada Tok Anjang, ibunya yang menguruskan kehidupan harian dan bergantung kepada bantuan dari JKM sebanyak RM250 ringgit setiap seorang sebulan dan ehsan dari jiran tetangga dan keluarga terdekat.

Pihak Jingga 13 Perlis menyeru kepada rakyat Malaysia yang berkemampuan membantu merawat penyakit saraf anaknya yang dideritai sejak 2009 lagi dan boleh melawat keluarga ini di alamat No 608 Kampung Guar Ujung Batu Utan Aji 01000 Kangar Perlis untuk melihat keadaannya sendiri keluarga Tok Anjang .

Pihak Jingga 13 Perlis memohon mana-manap  pihak atau individu yang sedia membantu keluarga ini tampil untuk menampung bebanan keluarga ini atau masukkan ke dalam akaun Tok Anjang sendiri ke akaun 2-00-5201-00023490-4 ANGROBANK Hamidah binti Senawi (Nama pertama)
Norhija binti Mat Isa (nama kedua) untuk menampung kos perubatan anaknya yang sakit. 

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Koordinator Jingga 13 Perlis encik KHAIRUDDIN MOHD YUSOF di talian 0146899091.

JINGGA 13 PERLIS SANTUNI PAKCIK SHAARI YANG UZUR DI BINTONG


Jingga 13 Perlis telah menziarahi Pakcik Shaari di rumahnya di Bintong , Kangar yang beralamat di No. 2, Lorong Haji Hassan, Batu 1/2, Jalan Raja Syed Saffi, 01000 Kangar, Perlis.


Pakcik Shaari yang tinggal bersama bapa tirinya itu telah menghidap penyakit asma dan kabur penglihatan manakala bapa tirinya juga menghidap sakit tua.

Pakcik Shaari telah menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 350.00 sebulan akan tetapi daripada jumlah berkenaan sebanyak RM 300.00 telah dibelanjakan untuk membayar sewa rumah yang didiami mereka.

Untuk makan mereka hanya bergantung kepada ihsan rakan-rakan dan jiran sekeliling untuk meneruskan hidup.

Kami telah dimaklumkan oleh Pakcik Shaari bahawa beliau tidak mampu untuk bekerja dan yang menyedihkan beliau telah diabaikan oleh anak-anak beliau yang sudah berumah tangga.

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang baik hati, Jingga13 Perlis ingin merayu sumbangan bagi meringgankan beban Pakcik Shaari ini.

Sumbangan boleh disalurkan terus melalui akaun seperti butiran berikut:

Nama: Encik Shaari Bin Yahya
No. Akaun: 1005182000023843 Bank: AGROBANK.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kordinator Jingga13 Perlis Sdr KHAIRUDDIN MOHD YUSOF ditalian 0146899091 untuk bantuan berupa makanan harian.


Tuesday 24 September 2019

Jingga13 rayu sokongan kepada Rumah Lavender , Perlis

Jingga13 rayu sokongan untuk Rumah Lavender, Kangar , Perlis iaitu sebuah rumah transit untuk OKU dan Ibu Tunggal terbiar dan teraniaya serta isteri-isteri yang berada dalam proses perceraian dan memerlukan perlindungan

Jingga13 Malaysia prihatin terhadap usaha dan komitmen Pengasas Rumah Lavender ,  Puan Tuan Marja binti Tuan Mat  terhadap golongan yang tidak bernasib baik ini


Menurut Puan Tuan Marja yang lebih mesra dikenali Kak Marja , "Rumah kebajikan ini ditubuhkan bulan Julai 2017 bagi membantu para OKU penglihatan tanpa keluarga dan Ibu Tunggal yang terabai oleh famili dan ada juga yang dianiaya serta teraniaya , kami juga membantu isteri-isteri yang berada dalam proses perceraian dan memerlukan perlindungan ".


Jingga13 Malaysia kagum dengan kegigihan Kak Marja menjaga dan  mengurus kebajikan penghuni di Rumah Lavender , Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada  Kak Marja utk meneruskan usaha murni ini.

Selain dari mengurus Rumah Lavender  , Tuan Marja juga mengadakan Kelas khas untuk OKU-OKU Penglihatan seluruh Negeri Perlis dan beberapa OKU dari Kedah.



Kelas Alquran Braille dan Fardhu Ain diadakan Di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar pada setiap Ahad jam 9.00 pagi -12.00 T/hari.



Justeru Jingga13 Malaysia merayu sokongan dan dokongan orang ramai terhadap usaha Kak Marja dan  menghulurkan sumbangan kepada Rumah Lavender dengan menghubungi Kak Marja di talian 012-4920190.





Monday 23 September 2019

Sekretariat Jingga13 Melaka tertubuh di bumi Hang Tuah , Shah Kesuma Jaya memimpin Mekaka

Bumi Hang Tuah telah melakar sejarah baru pada hari ini apabila dengan secara rasminya Sekretariat Jingga 13  Negeri Melaka telah ditubuhkan dengan jayanya pada  22 September 2019 bertempat di Restoran Sri Tasik Utama , Melaka .

Berikut adalah senarai para pemegang amanah yang dipersetujui bersama menerajui Sekretariat Jingga13 Melaka :

Koordinator : Shah Kesuma Jaya

Timbalan Koordinator : Ammar Firdaus bin Suboh

Setiausaha : Mohd Sham bin Yusoff

Bendahari : Md. Ali bin Mas'ud

Jinggawan : Hanif Haja

Jinggawanis : Dr. Nur Shafiqah bt Mohd Noh

AJK
1. Muhammad Safwan bin Suboh
2. Arjun S. Ragunathan

Mesyuarat juga banyak menyentuh isu-isu semasa di Melaka khususnya seperti isu air, jerebu serta isu golongan fakir miskin dan Asnaf yang kurang diberikan perhatian oleh sesetengah pihak yang perlu menjadi agenda prihatin Jingga13 Melaka .





Jingga13 Johor anjur Bowling Muafakat



*Bowling🎳MUAFAKAT J13 JOHOR*

Anjuran
*JINGGA13 JOHOR*

👉Tarikh - Sabtu , 19 Oct 2019
👉Masa - 8.30 Malam
👉Tempat - Pusat Bowling Kluang Mall 

Yuran Penyertaan 💸 *RM35.00*
Hadiah 🎁 Hamper 
Pertama - No 10 Setiap Kategori
Setiap penyertaan diberi sehelai *Tshirt*


Setiap peserta akan beraksi sebanyak *2 Frame*

💥Terbuka hanya untuk *Komrad Jingga13* sahaja

👉Tarikh tutup penyertaan *30/9/2019*
👉Tarikh akhir bayaran penyertaan *5/10/2019*

📞 *Hubungi*
1- Jaafar - Kluang
0197282416

2- Zabidie - Tenggara
011 51721321

3-Kamal - Kota Tinggi
011 36806846

4-Almi - Kulai
014 6953626

5-Murad - Pasir Gudang
018 7802573

Jom semua sertai *SERTAI* bowling untuk *MUAFAKAT* Jingga13 Johor

Sekretariat Negeri Kedah serah borang keanggotaan kepada Bendahari Pusat

Jingga13 Kearah malam ini t telah mengadakan mesyuarat Sekretariat Negeri Kedah yang turut dihadiri Sdr Amizudin Ahmat , Bendahari Pusat bertempat di Pejabat Jingga13 Kedah , Baling , Kedah.

Sdr Amizudin turut menerima  borang keanggotaan daripada negeri Kedah  yang disampaikan oleh Koordinator Negeri Kearah Sdr Idris Othman . 


Beberapa perancangan dan hala tuju Jingga13 Kearah dibincangkan termasuk program Back To School , program jejak asnaf dan sebagainya . 





Sunday 22 September 2019

Sekretariat Negeri Johor mengorak langkah , Zabidie Koordinator



Tahniah kepada Jingga13 Johor yang telah berjaya membentuk Sekretariat Negeri Johor .

Mesyuarat yang diadakan di Balairaya Jalan Nuri , Bandar Putra , Kulai , Johor telah sebulat suara melantik :

Koordinator - Zabidie Abas
Timbalan - Murad Jailani
Setiausaha - Jaafar Matek
Bendahari - Liaw Kim Juan

Jinggawan - Abd Halil
Jinggawanis - Nor Nazura Mohd Noor

AJK
Rosli Safie
Mohd Fazli Mohd Yusof
Shamsir Amri Hassan
Almi Fairuz Alkalf
Muhd Zaid
Kamaludin Mohd Sapi
Kamarul Mahmod
Zaini Ahmad





Sekretariat Jingga13 Negeri Sembilan terbina , di pimpin Mohd. Khairuddin Hashim

Jingga13 Negeri Sembilan telah mengatur langkah bergerak secara aktif khususnya dalam membantu golongan fakir miskin dan asnaf .


Berikut adalah senarai Sekretariat Jingga13 Negeri Sembilan :

KOORDINATOR : MOHD KHAIRUDIN BIN HASHIM

SETIAUSAHA : SUHANA BINTI BAKRI

BENDAHARI : MUHAMMAD MAHATHIR BIN KAMARUDDIN

JINGAWANIS :NURUL NAJIHAH BINTI KAMARUDDIN

JINGGAWAN : MUHAMMAD KAMAL IZUDIN BIN HASHIM

AJK : MUHAMMAD SHAFIQ BIN KAMARUDDIN
        :MUHAMMAD AZHAR BIN KAMARUDDIN
        :MUHAMMAD FIRDAUS BIN MAZLANI
        :MUHAMMAD AFIQ BIN HAIRUDIN
        :HUSAINUL BIN JONET