Saturday 7 September 2019

Jingga13 Terengganu bàntu baiki atap rumah Mak Mah

Tanggal 7 September 2019  Jingga13 Terengganu telah mengadakan program membaiki atap rumah Mak Mah di Kg Hiliran, Kuala Terengganu .

Menurut Koordinator Jingga13 Terengganu Sdr. Shahrul Nizam , ini ada satu inisiatif dan komitmen bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan khususnya golongan miskin .

Mak Mah yang bekerja di warong makan juga merupakan ibu tunggal kematian suami tinggal di rumah tersebut bersama anak dan cucu-cucu beliau sudah lama mengharapkan bantuan membaiki atap rumah beliau yang bocor tapi malangnya tidak mendapat perhatian lebih-lebih lagi musim hujan setiap petang sekarang benar-benar menyukarkan .











Tuesday 3 September 2019

Jingga13 Terengganu bersama PH Kuala Nerus sediakan sarapan percuma untuk pelajar baru UMT

Jingga13 Negeri Terengganu menyertai dan menaja Program Sarapan Percuma yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan Kuala Nerus di University Malaysia Terengganu (UMT) sempena kemasukan pelajar baru pada pagi tadi.








Sunday 1 September 2019

Kem Muafakat 2019 Jingga13 Malaysia di Shah's Village , Petaling Jaya

Jingga 13 Malaysia dengan kerjasama Diwan Reformasi telah mengadakan Kem Muafakat 2019 Demokrasi & Politik Teambulding pada 30,31 Ogos dan 1 September 2019 bertempat di Shah's Village , Petaling Jaya .

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyampaikan ucapan kepada komrad-komrad Jingga13 Malaysia dari seluruh negara . Sejumlah 52 komrad dilatih oleh Diwan Reformasi yang dipimpin oleh Ustaz Hakim .