Saturday 27 July 2019

JINGGA13 KLUANG BANTU MANGSA KEBAKARAN

Assalamualaikum
Salam Sejatera
27 Julai 2019

Lebih kurang pukul 5.30 pagi satu kebakaran yg melibatkan sebanyak 9 buah rumah di Lorong 2 & 3, Jalan Dahlia Kg Melayu, Kluang

Atas sikap prihatin, *Jingga13 Kluang* telah membuat lawatan ke tempat penempatan sementara di Balai Raya Kg Melayu dan menghulurkan sumbangan Totoo, Bantal, Pampes dan juga pakaian terpakai.

Terima kasih kepada semua yg sama2 menyumbang barang2 tersebut terutama *Farmasi SV Prohealth Sdn Bhd*.

Sekian, terima kasih

*MUAFAKAT PRIHATIN BERANI

Jaafar Bin Matek
Koordinator Jingga13 Kluang








Wednesday 24 July 2019

Jingga13 Negeri Sembilan lapor polis Akaun FB hina Rasulullah SAW

Hari ini, Jingga13 Negeri Sembilan telah membuat satu laporan polis terhadap satu akaun Facebook bernama Wendy Wong yang telah menggunakan platform media sosial untuk menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Laporan ini telah dibuat oleh Koordinator Jingga13 Negeri Sembilan, Mohd Khairudin Hashim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

Jingga13 berharap satu siasatan dan tindakan undang-undang yang tegas diambil terhadap pemilik akaun berkenaan kerana secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Perbuatan seperti ini dibimbangi akan mencetuskan provokasi sehingga boleh mencetuskan ketegangan agama.

Turut hadir bersama ialah Sdr Hasanul Timbalan Koordinator dan Kamal Izudin Naib Koordinator Jingga13 Negeri Sembilan.




Tuesday 23 July 2019

Jingga 13 Kluang terus prihatin warga miskin

Assalamualaikum

Jingga13 Kluang hari ini menyampaikan sumbangan barang-barang makanan dan wang tunai kepada En Mesda Bin Mohamad yang rumahnya musnah dalam kebakaran pagi semalan di Felda Kahang Timur, Kluang
Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga tersebut.