Saturday, 20 July 2019

JINGGA13 RAKAM KEKESALAN ATAS KELEMAHAN DAN CUBAAN MENUTUP KEBENARAN YANG JELAS MENIMBULKAN RASA CURIGA TERHADAP KETUA POLIS NEGARA

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

20 Julai 2019

*JINGGA13 RAKAM KEKESALAN ATAS KELEMAHAN DAN CUBAAN MENUTUP KEBENARAN YANG JELAS MENIMBULKAN RASA CURIGA TERHADAP KETUA POLIS NEGARA*

Jingga13 Malaysia telah meneliti setiap ucapan rasmi yg dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador tentang keputusan Pakar Forensik Video SKMM dan juga PDRM. Malangnya, keputusan itu dilihat membelakangi haq dan realiti sebenar dimana rakyat melihat Hamid Bador cuba melindungi bahkan mengutamakan kepentingan politik individu atau kumpulan tertentu daripada kebenaran. Ini secara tidak langsung telah menimbulkan rasa curiga segenap lapisan masyarakat  terhadap ketidak ketelusan pihak yg sepatutnya bebas dan mementingkan undang undang

Jingga13 Malaysia dengan tegas meminta pihak SKMM dan PDRM kedepan dan jelaskan secara terbuka tanpa selindung. Beberapa kenyataan yg dikeluarkan dalam tempoh 48jam dilihat cubaan menutup kelemahan kenyataan demi kenyataan sebelumnya yg jelas 'longgar' dan meragukan serta berniat untuk 'menyerang' Dato Seri Anwar Ibrahim. Walaupun pada kenyataan terakhir yg dikeluarkan tidak lagi bersifat 'spin' tetapi impak yg berkalu akibat beberapa kenyataan sebelum itu masih mampu membawa perpecahan dikalangan rakyat khususnya anggota KEADILAN. Rakyat secara umumnya kini mempertikai integriti PDRM malah meragui kredibiliti Ketua Polis Negara yang tidak melambangkan pembaharuan positif yg sering dilaungkan diera Malaysia Baru.

Jingga13 Malaysia mendesak Ketua Polis Negara memohon maaf atas kenyataan yang mengelirukan juga mendesak beliau untuk tampil memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia perkara yang sebenar benarnya tanpa dipengaruhi oleh mana mana individu atau kumpulan mahupun mana mana pemimpin negara. Sebagai seorang IGP yg memegang sumpah untuk menegakkan haq dan melawan kebathilan, beliau sepatutnya lebih tegas dan berani sesuai dengan niat beliau yg ingin membawa PDRM ketahap yg dihormati segenap lapisan masyarakat di Malaysia malah dimata dunia

*Muafakat-Prihatin-Berani*

*Mohd Rudey B Abd Rahman*
Ketua Koordinator Penerangan dan Komunikasi
Jingga13 Malaysia

Monday, 15 July 2019

Jingga13 Kluang terus prihatin fakir miskin

Assalamualaikum..
Selamat Petang

Sumbangan kasih *Jingga13 Kluang* hari ini di Felda Ulu Penggeli.

Sumbangan buat keluarga En Rahim Bin Abd Hamid, seorang OKU yg baru2 ini anaknya Mohamad Nazshahrudin ditimpa kemalangan jalanraya ketika pulang dari berkerja.

Sumbangan disampaikan oleh *En Jaafar, Koordinator Jingga13 Kluang*, turut bersama2 *En Sukhaimi, Ketua Ranting Felda Ulu Penggeli* dan juga ahli2.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung keluarga tersebut.

*MUAFAKAT PRIHATIN BERANI*

Jingga13 Kluang
15 Julai 2019