Tuesday 31 December 2019

Perutusan Tahun 2020 Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia

31 Disember 2019

Alhamdulillah pertamanya  saya merapatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan salam kepada junjungan Rasulullah SAW di atas luang dan ruang  berada  di Tahun 2019 dan di ambang tahun 2020 yang akan menjelma tidak lama lagi .

Bagi pihak seluruh anggota Sekretraiat Jingga13 Malaysia , kami merakamkan ucapan selamat menyambut tahun baru 2020 kepada seluruh warga Malaysia khususnya semua anggota Jingga13 Malaysia di seluruh Malaysia di mana saja berada dengan harapan tahun baru ini memberikan impak yang positif kepada semua khususnya kepada negara Malaysia yang lebih hebat dan cemerlang di bawah kerajaan baru insya-Allah akan kekal selamanya.

Saya juga sudah pasti mengimpikan dan merealitikan Tahun 2020 ini , Malaysia akan  mempunyai Perdana Menteri baru dengan  perlantikan Penaung Jingga13 Malaysia merangkap Ketua Umum  Pakatan Harapan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke 8 yang baru memimpin Malaysia ke arah yang lebih cemerlang .

Syukur Tahun 2019,  Jingga13 terus bergerak aktif di seluruh Malaysia selepas pendaftaran Pertubuhan  Malaysia Kebajikan Jingga13 Malaysia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan m(ROS) menjadikan  Jingga13 sebagai sebuah NGO yang sah di Malaysia . Malah kini Jingga13 Malaysia telah mendaftar diri sebagai NGO di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA ) Jabatan Perdana Menteri dalam membantu mangsa banjir dan bencana , malah kita juga telah berjaya membentuk Jingga13 Rescue Team (J13RT) di beberapa buah negeri .

Jingga13 Malaysia lahir pada 13 Mei 2011 bergerak secara aktif serta memberikan khidmat bakti kepada golongan fakir miskin asnaf serta penglibatan aktif dalam politik. Kini Jingga13 Malaysia fokuskan kepada agenda utama iaitu membantu golongan fakir miskin , asnaf serta mereka yang berada dalam kesusahan.

Saya bangga kerana  Jingga13 negeri dan parlimen telah bergerak begitu aktif dalam menjalankan aktiviti terutama membantu golongan fakir miskin dan asnaf di negeri dan parlimen masing-masing  semoga terus kekal istiqomah dalam menjalankan kerja ini secara sukarela bukannya dibayar oleh sesiapa.

Sebagai sebuah NGO yang sah di sisi undang-undang dan negara, Jingga13 berhak berada di mana sahaja , bertemu dengan sesiapa sahaja dan melakukan aktiviti apapun tanpa memerlukan kebenaran daripada sesiapa selagi tidak melanggar undang-undang negara.


Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan membantu Jingga13 Malaysia dalam menjalankan aktiviti di seluruh negara ini. semoga komitmen ini akan berterusan dan sebagai sebuah NGO sudah pasti mengharapkan dan memerlukan sumbangan khususnya dari segi kewangan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti terutama dalam gerak kerja membantu golongan fakir miskin Asnaf OKU , anak yatim dan sebagainya.

Saya merakamkan tahniah dan syabas kepada kejayaan semua dalam menjayakan Program Bijak Ke Sekolah dan seramai 2500 anak-asnaf , orang asal dan miskin mendapat sumbangan barangan ke sekolah . Tahniah dan syabas kepada Pengarah BKS Jingga13 Malaysia Sdr Amizudin Ahmat dan team BKs serta koordinator negeri-negeri dan team yang bertungkus-lumus menjayakan program julung kali Jingga13 Malaysia adakan . Terima kasih tidak terhingga kepada
YAB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail , YAB Menteri besar Selangor , YAB Menteri Besar Negeri Sembilan , Yayasan Taqwa , Yayasan Kebajikan Negara ,Yayasan Aman , BBC/TNB dan semua pihak yang telah menyumbang bagi menjayakan program tersebut . Terima kasih daun keladi , lain kali berilah lagi .

Sebagai Ketua Koordinator sudah pasti ingin melihat Jingga13 Malaysia terus membangun dan bergerak aktif terutama dalam menghadapi tahun 2020 dan serterusnya . Komitmen , kerja berpasukan , kerjasama , toleransi , kesetiaan dan persaudaraan adalah menjadi intipati kepada sebuah perjuangan .

Semoga Jingga13 Malaysia , negeri dan Parlimen akan terus bergerak aktif dalam usaha  menjadikan Jingga13 sebagai NGO yang hebat dan cemerlang terutama dalam membantu golongan fakir miskin, OKU , anak yatim  ibu tunggal , warga emas  , orang yang sakit serta dalam menjalankan aktiviti  ekonomi , pendidikan dan sebagainya  .

Motto MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI akan tersemat di dhomir setiap anggota Jingga13 dia seluruh Malaysia . Semoga kita terus muafakat dalam satu keluarga Jingga13 Malaysia . janganlah hal-hal titik bengit merosakkan susu sebelanga yang memecahkan kita semua . Andai ada salah silap sama-samalah kita bermaafan . Ambil yang jernih buangkanlah yang keroh .

Selamat tahun baru 2020 .

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia