Sunday 1 December 2019

Jingga13 Negeri Sembilan turun padang ziarah 3 asnaf

Jingga 13 Negeri Sembilan semalam telah menjalani jejak asnaf dengan menziarahi 3 keluarga asnaf di sekitar Parlimen Port Dickson , Negeri Sembilan . Misi jejak asnaf diketuai oleh Koordinator Jingga 13 Negeri Sembilan Sdr Mohd Khairudin Hashim  bersama Sdr Husainol bin Jonet selaku Timbalan Kordinator  Jingga 13 Negeri Sembilan dan Sdr Kamal Izudin selaku Koordinator Jinggawan jingga 13 Negeri Sembilan.

Terdapat 3 buah keluarga yang sempat disantuni serta disampaikan sumbangan barang makanan bagi tujuan meringankan bebanan mereka disekitar  DUN Linggi , Port Dickson ,  Negeri Sembilan


Rumah pertama ialah seorang seorang surirumah di mana suami yang dikenali Abg Izan sudah hampir 8 bulan tidak bekerja kerana menghidapi sakit saraf dan sakit misteri , kondisi suami beliau tidak bermaya serta tidak mampu untuk bekerja . Justeru terpaksalah isteri beliau yang sebelum ini menjadi surirumah terpaksa bekerja menjaga kebun orang bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga serta dalam masa yang sama menjaga anak di rumah , dengan mendapat upah sebanyak RM30 sehari.


Seterusnya ialah seorang ibu tunggal yang berusia 75 tahun bernama Makcik Tunak di Tampin Linggi . Makcik Tunak mengidap penyakit kencing manis,darah tinggi dan juga sekarang hadapi masalah penglihatan yang mulai kabur akibat daripada kencing manis . Beliau mulai sebak apabila menceritakan nasib  dihadapi oleh mereka beliau yang sehingga kini tidak dapat menerima apa-apa bantuan dari badan kerajaan sedangkan beliau sudah memohon bantuan sebanyak 3 kali dan sekarang hanya bergantung harap kepada anaknya . Jingga13 Negeri Sembilan  akan membawa kes nenek ini kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen  Port Dickson .


Rumah  terakhir kami ziarahi ialah pasangan  suami isteri yang hanya menampung kehidupan dengan membuat penyapu lidi. Suami beliau Mohd Yusuf menghidap sakit buah pinggang dan terpaksa menjalani  dialisis 3 kali seminggu manakala si isteri nya menghidap penyakit darah tinggi dan gaut . Kehidupan dhaif mereka hanya bergantung dengan jualan penyapu lidi dan serta bantuan JKM  sebanyak RM200 sebulan .

Jingga13 Negeri Sembilan akan terus konsisten membantu golongan asnaf , fakir miskin agar kehidupan mereka terbela dan diberikan perhatian    Jingga13 Negeri Sembilan merayu sekiranya adakah kesudian menghulurkan bantuan kepada golongan dhaif ini bolehlah menghubungi Koordinator  Jingga13 Negeri Sembilan Sdr Mohd Khairudin Hashim di talian 018-6692870 .