Sunday 8 December 2019

2500 anak asnaf akan terima sumbangan beg dan pakaian sekolah Program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Malaysia

Jingga13 Malaysia telah mengambil satu inisiatif dan komitmen bagi membantu anak-anak asnaf menjelang sesi persekolahan 2020 dengan mendapatkan sumbangan beg dan pakaian sekolah seperti baju ,seluar , stokin , kasut , kapur kasut dan sebagainya bagi tujuan meringankan bebanan ibubapa mereka .


Justeru satu Program BIJAK KE SEKOLAH JINGGA13 yang dipimpin oleh Pengarah program iaitu Sdr Amizudin Ahmat yang juga merupakan Koordinator Kebajikan dan Prihatin Sekretariat Jingga13 Malaysia .

Di atas komitmen tersebut , dengan kerjasama seluruh Sekreriat Jingga13 seluruh Malaysia telah berusaha mendapatkan senarai anak-anak asnaf dan sejumlah 2500 orang telah berjaya dikumpulkan di seluruh Malaysia .

Menurut Sdr Amizudin Ahmat , Program Bijak Ke Sekolah ini telah mendapat komitmen yang terbaik daripada beberapa pihak khususnya YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Hajah Fauziah Salleh ,Yayasan Taqwa , BBC / TNB , Yayasan Aman , YAB Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan.

Kos keseluruhan dijangka  hampir RM400 ribu berbentuk barangan yang akan diterima oleh 2500 anak-anak asnaf di seluruh Malaysia termasuk orang-orang asal di Cameron Highland.

Diharapkan usaha murni ini akan berjalan dengan sempurna sepanjang bulan Disember ini dalam siri jelajah Jingga13 Malaysia dalam program Bijak Ke Sekolah ini.


Harapan Jingga 13 selain membantu meringankan bebanan ibubapa, kami sangat berharap dan mendoakan agar pelajar-pelajar asnaf ini akan menjadi pelajar yang bijak dan cemerlang di dunia dan akhirat.