Friday 8 November 2019

kes ayah , ibu dan anak-anak tidur di surau Hospital Kuala Lumpur kerana jaga anak Leukimia dapat perhatian INSAF Malaysia dan YAB Ahli Parlimen Pandan

6 November 2019 - Jingga13 Malaysia ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada INSAF Malaysia dan YAB Ahli Parlimen Pandan di atas keperihatinan membantu famili Adik Nur Qaseh Hanania.


Keluarga Adik Nur Qaseh Hanania sebelum ini, terpaksa tidur di surau hospital selepas terpaksa keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu untuk membayar sewa kerana menjaga Adik Qaseh Hanania yang menderita sakit Leukimia .


Penderitaan mereka telah mendapat perhatian daripada INSAF Malaysia dengan memberi penempatan sementara sebelum mereka mendapat bantuan oleh Pusat Zakat yang diuruskan olen Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan.

Selain menyediakan  penempatan sementara kepada famili Adik Nur Qaseh , INSAF Malaysia turut  membantu dari segi perbelanjaan bulanan seperti barang-barang dapur dan makanan .

Semoga Allah membalas jua segala jasa yang diberikan oleh INSAF Malaysia dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan khususnya YAB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail .

Tahniah kepada Jinggawanis Malaysia di atas usaha membantu famili Adik Nur Qaseh Hanania .