Thursday 7 November 2019

Jingga13 Malaysia rayu bantu adik Asriadi dari Lahad Datu , Sabah derita Leukimia

Bagi pihak keluarga adik Asriadi Bin Naim berumur 15 tahun , Jingga13 Malaysia  ingin memohon jasa baik semua untuk memberikan sumbangan kewangan bagi memenuhi kos Perubatan Adk Asriadi bin Naim.


Adik ini sekarang sedang menjalani ujian tulang sumsum bagi pemeriksaan susulan. Hal ini kerana ujian darah yang telah dilakukan tidak dpat dikesan, oleh hal yang demikian doktor mengesyaki bahawa adk Asriadi menghidapi penyakit Kanser leukimia.

Beliau sekarang terlantar di Hospital Besar Lahad Datu, Sabah. Alamat rumah beliau ialah Meriteam Sdn Bhd ,
Morisem 5 Estate ,
MDLD 5123,KM3,Jalan  Segama,9110 Lahad Datu , Sabah .


Jingga13 Malaysia merayu pada semua yang prihatin dan berhati mulia bagi menghulurkan sumbangan dari segi kewangan untuk memudahkan urusan serta meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga beliau .

Disini kami sertakan nombor akaun MAYBANK
160054473567 di atas nama bapa tiri beliau
HELMI TEMMANG atau boleh menghubungi ibu adik Asriadi di talian  013-9901731 (Lala bt Latohe).

Semoga dengan sumbangan kewangan dan doa daripada anda semua dapat meringankan beban keluarga beliau.

WALAUPUN RM1. SANGAT MEMBANTU. SEMOGA ALLAH MUDAH KAN URUSAN KITA SEMUA AAMIIN