Friday 1 November 2019

Jingga13 Johor dan Kota Tinggi sampaikan sumbangan kerusi roda kepada adik Wan Mohamad Nor yang lumpuh

Menyampaikan sumbangan kerusi roda, pampers dan wang tunai kepada adik Wan Muhamad Nor yang lumpuh akibat kemalangan ditempat kerja.


Beliau adalah seorang OKU  tetapi telah dihentikan bantuan sarahidup dari JKM kerana sudah mampu menyara kehidupan. Namun akibat kemalangan yang menimpa, menyebabkan beliau tidak mampu bekerja lagi.


Jingga13 Johor bersama Jingga13 Kota Tinggi terpanggil untuk menghulurkan sumbangan kerusi roda dan beberapa keperluan diri serta wang tunai bagi menzahirkan simpati dan keperihatinan kami.


Doa kami panjatkan agar beliau segera sembuh dan dapat kehidupan seperti biasa...