Saturday 2 November 2019

Jingga13 Johor bantu kempen dan menyokong penuh calon Pakatan Harapan PRK P165 Tanjung Piai

KENYATAAN MEDIA
Jingga13 Johor

2 November 2019

Àssalamualaikum

Jingga13 Johor bantu kempen dan menyokong penuh calon Pakatan Harapan PRK P165 Tanjung Piai

Jingga13 Johor menyatakan pendirian menyokong calon Pakatan Harapan sempena PRK P165 Tanjong Piai iaitu  Tuan Haji Kasmainie bin Hj Sardini .


Sepanjang tempoh berkempen dalam PRK P164 Tanjung Piai ini, Jingga13 Johor akan turut mengerakkan jentera bagi membantu kempen bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) .

Walaupun Kerajaan PH baru memerintah, kurang lebih 2 tahun namun banyak kejayaan dan kebaikkan serta peluang peluang yang diberikan, masih tidak diketahui masyarakat umum. Khususnya penduduk yang tinggal diperkampongan dan warga emas yang kurang pendedahan dengan maklumat semasa.


Justeru , Jingga13 Johor bersedia membantu dan menyusun gerak kerja turun ke bawah, bertemu segenap lapisan masyarakat bagi memberi penjelasan yang sebenarnya dan membantu kempen dengan merancang pelbagai aktiviti termasuk program jejak asnaf , fakir miskin , OKU , Ibu Tunggal , warga emas dan anak yatim .

Kami juga akan bergerak mendaftarkan kepada golongan B40, E-kasih, I-Suri, Takaful Warga Emas, OKU dan sebagainya serta
menjadi lidah kepada kerajaan PH.

Kami menyeru kepada pengundi Tanjung Piai agar mengekalkan kemenangan PH dengan mengundi Tuan Hj Kasmaine bin Hj Sardini.

Kepada pengundi luar, kami merayu agar semua balik mengundi bagi menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi kelak.

Semoga kemenangan PH dapat dikekalkan dan memperolehi kejayaan yang lebih besar.

MUAFAKAT ÷ PRIHATIN ÷ BERANI

Zabidie Abas
Ketua Kodinator Jingga13 Johor