Thursday 10 October 2019

Kerajaan harus buktikan belanjawan lebih berjiwa rakyat - Jingga13 Malaysia

MOHD ALI HASHIM
10 Oktober
, 2019 7:00 am

Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan esok oleh kerajaan harus menjurus kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berjiwa rakyat, kata Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.

Kata beliau, Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan haruslah mempunyai penambaikan terhadap bajet 2019 yang lalu.

“Apa yang lebih penting ialah adanya penambahbaikan bagi mengatasi segala kelemahan yang lalu.

“Segala kepincangan dan kekurangan yang telah dikenal pasti harus diberi perhatian sepenuhnya oleh kerajaan, khususnya melibatkan golongan B40.

“Ia termasuk juga golongan miskin dan rakyat biasa yang turut mesti diberi perhatian yang serius, ” tegasnya.

Menuruf Fariz lagi, peningkatan ini amat penting dalam merealisasikan manifesto dalam bajet yang akan datang.

Malah ujarnya, sebelum ini kerajaan terpaksa berhadapan dengan pelbagai tribulasi termasuk isu rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

“Rakyat kini hendak melihat ketelusan pengurusan kewangan oleh kerajaan PH.

“Kerajaan harus buktikan bahawa kerajaan yang dipilih kali ini telus dan bersih serta mampu mengurus kewangan dengan baik.

“Sudah pasti segala kebaikan untuk rakyat adalah dengan menaik taraf dan meningkatkan sosio-ekonomi yangg melibatkan golongan B40 serta golongan miskin, ” tambah beliau.

Katanya lagi, peranan semua pihak harus dibuktikan tanpa adanya sifat retorik.

Manakala itu tegas Fariz, segala unsur-unsur penyelewengan, rasuah dan kronisme serta kepincangan mesti segera dihentikan.

Sehubungan itu katanya, pengurusan kewangan yang lebih tersusun dan sempurna akan memberi banyak manfaat kepada rakyat yang telah memberi mandat dalam pilihan raya umum yang lalu.

Sejajar dengan itu sarannya, Belanjawan 2020 ini menjadi belanjawan yang amat dinantikan oleh rakyat kerana ia memberi suatu harapan baru setelah PH berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum yang lalu.                                       
https://malaysiadateline.com/kerajaan-harus-buktikan-belanjawan-lebih-berjiwa-rakyat/#.XZ5w9J7_Xd8.whatsapp