Saturday 12 October 2019

Jingga13 Perlis laksana program Ziarah Peduli , ziarahi TokSu

Tanggal 11 Oktober 2019 , "Ziarah Peduli" Jingga13 Perlis pada menziarahi seorang pakcik atau dikenali dengan panggilan TokSu di kampung tersebut.


Untuk makluman semua TokSu tinggal bersama 2 orang anak lelaki nya yang hanya bekerja sebagai nelayan.

Jika hujan mereka terpaksa mengikat perut kerana anaknya tidak dapat turun ke laut untuk bekerja.
Dan jika terputus bekalan mereka terpaksa meminta kepada jiran untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka bertiga.


Sudah lebih setahun lebih selepas mendapat rumah dari kerajaan negeri hanya mempunyai 1 bilik sahaja tetapi bekalan air dan api terpaksa berkongsi dengan jiran sebelah.

Apa yang memeranjatkan kan kami  Jingga13 Perlis TokSu masih menggunakan kad pengenalan yang lama kerana tidak mampu untuk membuat yang baru.
Disebabkan inilah tiada bantuan seperti e-Kasih , JKM dan sebagainya.



Selepas mendapat maklumat Team Jingga13 Perlis terus menziarahi TokSu dan menyampaikan sedikit barang keperluan dapur hasil sumbangan orang ramai.


Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban Toksu dan keluarga.

Kepada mana-mana pihak atau individu yang ingin menyampaikan barang keperluan dapur kepada keluarga asnaf yang miskin dan pesakit kronik boleh lah menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Sdra.Khairuddin Yusof di talian 014-6899091 atau boleh whatsapp kepada Bendahari Jingga13 Perlis Puan Liyana di talian 017-4390805 untuk sebarang pertanyaan.