Thursday 31 October 2019

Jingga13 Kluang bersama Ahli Majlis MPK anjur Kejohanan Bola Tampar Tertutup Kluang 2019

Kejohanan Bola Tampar Tertutup Kluang Tahun 2019 Anjuran bersama Jingga13 Kluang dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kluang


Kejohanan akan diadakan pada hari Jumaat, 8 Nov 2019 bertempat di Dewan Sek Men Keb Tun Hussein Onn, Kluang

Menurut Sdr Jaafar Matek , Koordinator Jingga13 Kluang , " 12 pasukan dalam Daerah Kluang dan juga sekitar Kluang telah bersetuju untuk turut bersama-sama memeriahkan Kejohanan yang pertama kali dianjurkan dalam tahun ini di Daerah Kluang ".


12 pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan yang akan dijalankan secara liga dengan Johan setiap kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya.

Tambah Sdr Jaafar Matek , " Kejohanan ini  menawarkan hadiah wang tunai berserta medal dan juga hamper.
Johan akan menerima RM400, Naib Johan RM300 dan 3/4 RM100 ".


Selamat bertanding kepada semua pasukan. Kepada orang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi Kejohanan tersebut.