Thursday 31 October 2019

Jingga13 Johor dan Kota Tinggi ziarahi sahabat seperjuangan derita sakit jantung

Jingga13 Johor dan Kota Tinggi menziarahi rakan seperjuangan Sdr Najhan Bin Johan dan menyampaikan sumbangan kewangan bagi meringankan beban kos rawatan beliau.


Beliau telah disahkan mengidap sakit jantung dan tidak lagi dibenarkan bekerja terlalu kuat.

Beliau telah beberapa kali mendapatkan rawatan hospital dan juga rawatan tradisional. Setakat ini kesihatan beliau agak stabil.


Jingga13 Johor dan Kota Tinggi mengambil kesempatan atas keprihatinan kami, menziarahi dan menghulurkan sumbangan tunai bagi dimanfaatkan untuk rawatan beliau.

Kami juga turut mendoakan agar beliau terus pulih dan kembali sihat seperti sediakala.
.
Zabidie Abas
Kordinator J13 Johor