Thursday 31 October 2019

JINGGA 13 PERLIS ZIARAH PAKCIK ABDUL HALIM DERITA SAKIT SARAF.

Derita penyakit saraf yang dihadapi pakcik Abdul Halim selama 28 tahun amat menyedihkan.


Beliau kini hanya menumpang dirumah anaknya dan dijaga oleh bekas isterinya secara sukarela kerana simpati melihat keadaan beliau.


Jingga13 Perlis diberitahu beliau dahulu bekerja sendiri sebagai mekanik membaiki radio dan televisyen dan tidak mempunyai pencen hanya bergantung kepada bantuan JKM sebanyak RM300 untuk membeli lampin pakai buang.


Beliau hanya mampu memakan bubur dan meminum susu DUMEX untuk orang dewasa untuk mendapatkan sedikit tenaga yang hanya boleh beliau dapati sesekali sahaja.

Jika ada pihak yang prihatin ingin menyumbang susu dan makanan kepada pakcik Abdul Halim bolehlah hadir dirumah anaknya di alamat BARU 3 1/4 JALAN KAKI BUKIT 01000 KANGAR PERLIS.

Kami Jingga 13 perlis membuat program mencari golongan asnaf orang miskin disetiap sudut negeri perlis untuk kami cuba bantu sekadar yang termampu.


Jika tuan puan dato yang menyokong perjuangan kami untuk membantu meringankan sedikit beban penderitaan mereka bolehlah hulurkan sumbangan berupa barang makanan harian untuk kami sampaikan kepada golongan ini.

Hubungi ketua koordinator jingga 13 perlis Encik KHAIRUDDIN MOHD YUSOF di talian 0146899091 atau bendahari jingga 13 perlis Puan Liyana Yana di talian 0174390805.

Marilah kita sama2 membantu mereka yang memerlukan walaupun dengan sekampit tepung sudah cukup untuk lihat mereka tersenyum.

#jingga13
#muafakat
#prihatin
#berani