Saturday 5 October 2019

JINGGA 13 KEDAH MENJEJAKI GOLONGAN ASNAF DAN OKU DI BALING.

Tanggal 04/10/19 sekali lagi Jingga 13 Kedah berpakat dan menyumbang barang - barang keperluan harian serta pampers seterusnya menjejaki golongan asnaf serta OKU di sekitar kawasan Charok Nau dan Kg Teluk Pendiat Baling .


Seramai 10 orang telah diberikan sumbangan serta didaftarkan sebagai penerima sumbangan dari Jingga 13 pada tahun hadapan nanti .  Rata-rata penduduk di kawasan ini merupakan penoreh getah yang mengharapkan hasil daripada menoreh ,



Sekiranya cuaca elok , bolehlah mereka berbelanja , tetapi jika sebaliknya ,  mereka mengharap sumbangan dari mana-mana pihak yang prihatin di atas nasib mereka . Memandangkan sekarang di Baling ini musim hujan , para penoreh tidak dapat menoreh getah mereka , sehinggakan keperluan harian pun tidak dapat mereka mengadakannya .



Justeru di atas keperihatinan itu maka Jingga 13 Kedah terpanggil untuk membuat kutipan sesama sendiri bagi membantu mereka yang memerlukan . Alhamdullilah rezeki yg Allah berikan , kami dapat mengumpulkan sedikit dana untuk membeli barangan keperluan harian dan sumbangkan kepada mereka yang brtul-betul sudah tidak berdaya .



"Pedih mata memandang ,  pedih lagi bahu memikul , harapkan panas hingga ke petang , rupanya hujan ditengah hari" , begitulah nasib kebanyakkan penduduk di sini .



Jingga 13 Kedah mengucapkan berbyk tk kpd komrad yg terlibat semua,hanya Allah S.W.T sahajalah yg dpt membalas budi baik kalian semua,Semoga Allah S.W.T mempermudahkan dan memurahkan rezeki kpd semua penduduk serta komrad Jingga 13 Kedah yg terlibat..Aaminnn...