Thursday 19 September 2019

Pak Arshad perlukan kaki palsu , Jingga13 Pahang rayu sumbangan rakyat Malaysia

Jingga 13 Pahang merayu kepada warga Malaysia yg pemurah agar dapat membantu Pak Arshad yang  beralamat di No87 Lorong 4 Taman PAKR Bandar Baru Jerantut Pahang merupakan seorang OKU yang mengalami kecacatan kaki akibat daripada dipotong kerana kanser tulang pada tahun 1997 .


Beliau yang menyara hidup menjadi penjual pisang goreng serta mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan serta bantuan Zakat  sejumlah RM200 sebulan . Beliau juga menyewa rumah dengan bayaran RM350 sebulan.

Menurut Sdr Ahmad Sharibuddin Ismail , Koordinator Jingga13 Pahang , Pak Arshad telah menukar kaki palsunya sebanyak 6 kali hasil bantuan dari orang ramai namun terakhir pada tahun lepas sumbangan dari orang ramai kaki palsu yang kurang berkualiti menyebabkan apabila melakukan kerja sering terjatuh dengan sendiri akibat tidak sesuai dengan kakinya.

Justeru Pak Arshad  memohon jasa baik dan keperihatinan mereka yang sudi untuk membantu  mendapatkan kaki palsu yang baru agar beliau boleh melakuka kerja harian bagi menyara keluarganya.

Kos kaki palsu yang diperlukan oleh Pak Arshad ialah RM 7,200 yang qj. dibekalkan oleh Pusat Pemulihan Biomedic Sdn Bhd , Ampang , Kuala Lumpur .


Warga Malaysia yang prihatin bolehlah menghulurkan derma kepada Pak Arshad di nombor akaun CIMB 7620120508 di atas nama Arshad Bin Mohd Noh