Tuesday 17 September 2019

JINGGA13 RAYU KEMBALIKAN SEMANGAT MA63 DALAM PERBINCANGAN ISU MINYAK & GAS SARAWAK

Kenyataan Media
Jingga13 Sarawak

17 September 2019

JINGGA13 RAYU  KEMBALIKAN SEMANGAT MA63 DALAM PERBINCANGAN ISU MINYAK DAN GAS SARAWAK.

Minyak dan Gas, dari Jawatankuasa Kabinet telah jatuh ke tangan dua lelaki iaitu Tun Mahathir dan Abang Johari.

Adakah kita tidak belajar dari kesilapan PDA74? "The law that created Petronas".

Kerajaan pusat dan kerajaan negeri harus transparen dalam soal perbincangan ini kerana rakyat Sarawak tidak mahu sejarah hitam 1974 diantara Tengku Razali Hamzah dan Tun Rahman Yaakub berulang kembali.

Jingga13 Sarawak merayu dikembalikan semula rundingan ke meja Jawatankuasa Pemandu agar ianya transparen dan terhindar dari salahguna kuasa. Serapkanlah semangat MA63 di mana pungutan suara rakyat dilakukan untuk membentuk MA63 (Suruhanjaya Cobbold).

Jingga13 Sarawak tidak redha menyerahkan masa depan negeri kami didalam tangan dua individu sahaja.

Lebih penting lagi, rakyat Sarawak berhak untuk mengikuti perkembangan perbincangan Minyak & Gas demi masa depan mereka. Kita juga berharap tidak berlaku perjanjian rahsia seperti tahun 1974 yang mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat Sarawak apabila PDA74 diwartakan.

Nikson Abdillah
Koordinator
Jingga 13 Sarawak