Friday 27 September 2019

Jingga13 Pahang rayu sumbangan untuk Adik Nur Aisyah perlukan alat sokongan pernafasan




Adik Nur Aisyah Humairah 
binti Mohd Asrul berusia 5 tahun. Beliau terlibat kemalangan bersama bapanya pada hari Isnin lepas , beliau mengalami kecederaan patah tengkuk dan gegaran otak yang agak serius kini masih di rawat di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan .

Adik Nur Aisyah memerlukan  alat sokongan pernafasan yang berharga RM 12,500 ( belum termasuk kos lain ).

Bapanya Mohd Asrul bin Ghazali merupakan seorang Bilal di Masjid Tareq Ziat , Kempadang juga kini berada di hospital yang sama .  . Sewaktu ziarah tadi beliau sedang menjalani pembedahan , di mana beliau menghadapi  patah kaki dan rahang mulut.

Manakala ibunya Noraini Nordin seorang surirumah masih kelihatan sangat sugul dan masih terpinga-pinga  ,  di  tambah pula terpaksa menjaga suami dan anaknya yang berlainan tingkat . 

Setakat ini Jabatan Sosial HTAA hanya boleh menanggung kos bil-bil perubatan hospital mereka  dua beranak sahaja . 

Justeru Jingga13 Pahang merayu kepada warga Malaysia yang pemurah agar dapat membantu Adik Nur Aisyah dengan menghulurkan sumbangan ke akaun Bank CIMB 7034781974 atas nama Noraini binti Nordin
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 011-55201747 Pn. Noraini Nordin.