Wednesday 25 September 2019

JINGGA 13 PERLIS RAYU BANTU KELUARGA TOK ANJANG, DUA ANAK DERITA SAKIT SARAF


Tanggal 24 September 2019 - Jingga 13 Perlis mengadakan Jejak Asnaf dan memberi sedikit sumbangan kepada sebuah keluarga asnaf di kampung Guar Ujung Batu bersama Bendahari Jingga 13 Malaysia Encik Amizudin Bin Ahmat di rumah makcik Hamidah.


Beliau dikenali sebagai Tok Anjang seorang ibu tunggal yang menjaga kedua anak perempuannya bernama Norhalija binti Mat Isa dan Normila binti Mat Isa yang diserang penyakit saraf sehingga tidak lagi mampu hidup sempurna dan normal sepertimana orang lain. .


Anak perempuannya yang pertama iaitu Norhalija
masih belum berkahwin , manakala anak  kedua iaitu Normila sudah berkahwin kini dalam proses perceraian kerana suaminya  tidak mahu bertanggungjawab menanggung 3 orang anak yang masih bersekolah dan seorang yang tidak bersekolah . Sungguh menyedihkan kondisi mereka berdua .



Hidup keluarga ini hanya bergantung kepada Tok Anjang, ibunya yang menguruskan kehidupan harian dan bergantung kepada bantuan dari JKM sebanyak RM250 ringgit setiap seorang sebulan dan ehsan dari jiran tetangga dan keluarga terdekat.

Pihak Jingga 13 Perlis menyeru kepada rakyat Malaysia yang berkemampuan membantu merawat penyakit saraf anaknya yang dideritai sejak 2009 lagi dan boleh melawat keluarga ini di alamat No 608 Kampung Guar Ujung Batu Utan Aji 01000 Kangar Perlis untuk melihat keadaannya sendiri keluarga Tok Anjang .

Pihak Jingga 13 Perlis memohon mana-manap  pihak atau individu yang sedia membantu keluarga ini tampil untuk menampung bebanan keluarga ini atau masukkan ke dalam akaun Tok Anjang sendiri ke akaun 2-00-5201-00023490-4 ANGROBANK Hamidah binti Senawi (Nama pertama)
Norhija binti Mat Isa (nama kedua) untuk menampung kos perubatan anaknya yang sakit. 

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Koordinator Jingga 13 Perlis encik KHAIRUDDIN MOHD YUSOF di talian 0146899091.