Tuesday 9 July 2019

JINGGA13 RAKAM KESEDIHAN DAN KESAL TERHADAP PEMENJARAAN USTAZ WAN JI WAN HUSSIN DAN DESAK AKTA ZALIM AKTA HASUTAN DIMANSUHKAN SEGERA

Kenyataan Media Jingga13 Malaysia 

10 Julai 2019 

JINGGA13 RAKAM KESEDIHAN DAN KESAL TERHADAP PEMENJARAAN USTAZ WAN JI WAN HUSSIN DAN DESAK AKTA ZALIM AKTA HASUTAN DIMANSUHKAN SEGERA

Jingga13 Malaysia merakamkan rasa sedih dan kesal di atas pemenjaraan Ustaz Wan Ji Wan Hussin, Pemuda Pakatan Harapan (Harapan) oleh mahkamah di atas akta drokanian Akta Hasutan. Jingga13 Malaysia kesal terhadap penggunaan Akta Hasutan yang sepatutnya dimansuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang ternyata merupakan akta zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat dan menafikan amalan demokrasi. 

Jingga13 Malaysia mendesak kerajaan agar Ustaz Wan Ji Wan Hussin diberikan pembebasan segera dan usaha ke arah pemansuhan Akta Hasutan dilakukan segera oleh Kerajaan Pakatan Harapan bersandarkan janji manifesto PRU14 yang wajar dikotakan dengan segera. 

Muafakat - Prihatin - Berani 

 *FARIZ MUSA* 
Ketua Koordinator 
Jingga 13 Malaysia