Wednesday 24 July 2019

Jingga13 Negeri Sembilan lapor polis Akaun FB hina Rasulullah SAW

Hari ini, Jingga13 Negeri Sembilan telah membuat satu laporan polis terhadap satu akaun Facebook bernama Wendy Wong yang telah menggunakan platform media sosial untuk menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Laporan ini telah dibuat oleh Koordinator Jingga13 Negeri Sembilan, Mohd Khairudin Hashim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

Jingga13 berharap satu siasatan dan tindakan undang-undang yang tegas diambil terhadap pemilik akaun berkenaan kerana secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Perbuatan seperti ini dibimbangi akan mencetuskan provokasi sehingga boleh mencetuskan ketegangan agama.

Turut hadir bersama ialah Sdr Hasanul Timbalan Koordinator dan Kamal Izudin Naib Koordinator Jingga13 Negeri Sembilan.