Tuesday 25 April 2017

Kenyataan Media

Jingga13 Malaysia

26 April 2017

MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN BIADAP PENGACARA PROGRAM TV3 ATAS PERBUATAN MENGHINA DAN MEPERSENDAKAN NAMA BAPA KEPADA JAGUH OLAHRAGA NEGARA, WATSON NYAMBEK.

Sebagai sebuah stesen Televisyen Malaysia ,TV3 seharusnya peka terhadap sesebuah rancangan serta intipati program yang ingin dipertontonkan.

Dalam hal ini, ternyata program yang di tayangkan kepada umum menerusi rancangan komedi 'Sukan Tak Sentral' adalah sebuah rancangan tertunda, yang menghairankan pihak editorial dan penerbitan stesen tv tersebut seperti tidak mempedulikan apabila sentimen-sentimen penghinaan.

Malah percakapan pengacara rancangan berkenaan bercakap tanpa mempedulikan perasaan orang lain, dan dibiarkan menjadi sebuah bahan ejekan serta lawak kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tindakan tersebut amat jelas tidak menghormati sensiviti masyarakat terutama sekali yang telah meninggal dunia.

Jingga13 Malaysia menyokong tindakan Watson yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang  terhadap stesen televisyen swasta itu.

Justeru dengan itu, rakyat Malaysia dapat menilai sendiri bagaimana fungsi media pada masa ini terutamanya TV3 yang sewenang-wenangnya membiarkan sesuatu penghinaan dilakukan.

Bukankah nama seseorang individu itu amat mulia bagi dirinya dan keluarga, bukan untuk dipersendakan sesuka hati.

Disini kita dapat lihat bahawa media yang dekat dengan UMNOBN itu sudah ketandusan bahan atau idea dan perkara seumpama ini tidak boleh dipandang ringan.

Kami sebagai sebahagian besar rakyat Malaysia berharap, mana-mana media untuk lebih peka dan tidak mencampurkan unsur-unsur sensitif di dalam mana-mana rancangkan yang bakal dipertontonkan.

Media memainkan peranan penting dalam membentuk perpaduan masyarakat Malaysia 'jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'.

'Muafakat  Prihatin Berani'

Heikarl edzha Zaini
Koordinator Panatia Anak Muda
Jingga13 Malaysia