Wednesday 28 January 2015

Laporan bergambar Misi Prihatin (Banjir) Jingga 13 Malaysia — 23 Jan 2015

‎JINGGA 13 Malaysia meneruskan Misi Prihatin (banjir)  buat kali ke 8, ke negeri Kelantan. Misi kali ini bermula di Putrajaya melibatkan aktiviti memunggah 1000 botol air minuman (5L) sumbangan Konsortium Abbas Sdn Bhd.


Seramai kira-kira 10 orang aktivis Jingga 13 Malaysia lelaki dan wanita, diketuai oleh Ketua Koordinator Fariz Musa tiba di Konsortium Abbas Sdn Bhd pada jam 5: 40 petang untuk memunggah sumbangan botol-botol air minuman ke dalam lori 8 tan.


Pemunggahan selesai lewat petang pada jam 7:05. Kami meneruskan perjalanan ke Pandan Perdana untuk memunggah bantuan-bantuan lain, sumbangan orang ramai.



‎Bergambar sebelum bertolak dari Pandan Perdana, 25 aktivis bertolak menaikki 6 buah biji kereta.


Laporan bergambar Misi Prihatin (Banjir) Jingga 13 Malaysia — 23 Januari 2015