Saturday 19 July 2014

Ops RAMADHAN UNTUK GELADANGAN DI KUALA LUMPUR

Jingga13 bersama 9 NGO akan mengadakan Ops Ramadhan untuk geladangan sekitar Kuala Lumpur sebagai tanda keptihatinan terhadap mereka yg dhaif dan serba kekurangan.

Jingga13 telah melancarkan kupon RM10 Untuk Si Miskin sejak awal Ramadhan dan telah dijalankan oleh para komrad bagi memperolehi sumbangan dan sedekah daripada orang ramai yang prihatin untuk disampaikan kepada para geladangan , fakir miskin , ibu tunggal, ibu tinggal, orang sakit, warga emas dan OKU.

Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua individu yang telah menghulurkan sumbangan.

Untuk program Ops Ramadhan pada 19 Julai 2014, Jingga13 telah menyediakan barang keperluan dan makanan seperti ubat gigi,Berus gigi,Sabin,biskut,air mineral untuk 100 orang geladangan yang berjumlah RM800.

Semoga usaha murni ini dapat membantu para geladangan.

Manakala 20 Julai , Team Jingga13 akan turun ke Banting bagi menjalankan Jejak Prihatin Ramadan di Banting bagi menyampaikan beras kepada 10 keluaga terdiri warga miskin,OKU dan ibu tunggal.

Serta akan membawa ibu tinggal ( ditinggalkan suami) muallaf orang asal bersama anak-anak mereka untuk membeli baju raya di pekan Banting oleh Team Jinggawanis.