Wednesday 15 June 2022

ZIARAH KASIH SAUDARA KAMALUDDIN MD SIMPOL DI FELDA BUKIT BESAR, KULAI, JOHOR


15/6/2022 : Team Jingga 13 Negeri Johor yang diketuai oleh Cip Zabidie Abas selaku koordinator Jingga 13 Negeri Johor beserta jawatankuasa dan komrad Jingga 13 Negeri Johor hari ini ke Felda Bukit Besar, Kulai, Johor bagi menziarahi sahabat kami iaitu saudara Kamaluddin Md Simpol yang telah menerima serangan jantung pada bulan Mei yang lalu. 







Sedikit sumbangan berupa wang tunai telah disampaikan oleh Saudara Murad Jailani, Timbalan Koordinator Jingga 13 Negeri Johor yang merupakan sumbangan dari rakan-rakan komrad Jingga 13 telah disampaikan kepada Saudara Kamal. 

Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Kamal dalam pelbagai urusan perubatannya dan kami dari seluruh Jingga 13 Negeri Johor mendoakan semoga saudara Kamal diberi kesembuhan dan kesejahteraan serta kesihatan dan dipermudahkan segala urusannya. Amin. 


#Jingga13NegeriJohor

#MuafakatPrihatindanBerani

#ZiarahKasihJingga13