Saturday 5 June 2021

ADAKAH ISMAIL SABRI , KERAJAAN PN DAN MKN SUDAH HILANG AKAL ???

Kenyataan Media

Jingga13 Malaysia


5 Jun 2021


ADAKAH ISMAIL SABRI , KERAJAAN PN DAN MKN SUDAH HILANG AKAL ???

Jingga13 Malaysia terkejut apabila Majlis Keselamatan Negera (MKN) melalui Pendaftar Pertubuhan pada 4 Jun 2021  mengarahkan Kongres Parti Keadilan Nasional Kali Ke 15 pada 6 Jun 2021 ditangguhkan.

Adakah Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan MKN sudah berada ditahap hilang akal dan tidak cerdik sehingga mengeluarkan arahan agar Kongres Nasional tersebut ditangguhkan sedangkan ianya berlangsung dalam talian melalui capaian Zoom bukan secara bersemuka?

Sedangkan sebelum ini, MKN telah menyatakan mereka tiada halangan terhadap perjalanan Kongres secara atas talian sepenuhnya dalam surat bertarikh 27 Mei 2021, tiba-tiba hari ini lain pula keputusannya. 

Tindakan bodoh dan desparado politik kerajaan PN cukup mengambarkan sebuah kerajaan yang sudah hilang arah dan pertimbangan serta hilang akal.


Muafakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator

Jingga13 Malaysia 

Friday 4 June 2021

JINGGA13 TERENGGANU DESAK ANAK MB TERENGGANU MOHON MAAF SECARA TERBUKA KERANA MENGELARKAN #RAKYATSAMPAH

Kenyataan Media

Jingga13 Terengganu


4 Jun 2021

JINGGA13 TERENGGANU DESAK ANAK MB TERENGGANU MOHON MAAF SECARA TERBUKA KERANA MENGELARKAN #RAKYATSAMPAH 

Jingga13 Terengganu kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh anak MB Terengganu dalam facebook beliau dengan menggelarkan #RakyatSampah . 

Inilah sikap sebenar yang telah ditonjolkan oleh pemilik akaun facebook Ami Samsuri yang merupakan anak YAB DS Dr Ahnad Samsuri Mokhtar Menteri Besar (MB) Negeri Terengganu yang 'lupa daratan' telah bersikap biadap dan kurang ajar dengan menggelarkan #RakyatSampah . 

Beginikah sikap dan pandangan seorang anak Menteri Besar terhadap rakyat? Kami sedar beliau sudah pasti berada dalam serba kesenangan dan kemewahan tidak sepatutnya menganggap rakyat sebagai sampah . 

Justeru Jingga13 Terengganu mendesak agar anak MB Terengganu tersebut memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan beliau yang menggelarkan #RakyatSampah .


Muafakat*Prihatin*Berani


SHARULNIZAM MAD SHAH

Koordinator

Jingga13 Terengganu









SELAMAT BERKONGRES KEPADA PERWAKILAN DAN PEMERHATI KONGRES NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA

 


Thursday 3 June 2021

JINGGA13 SELANGOR SAMPAIKAN SUMBANGAN 2 KOTAK BISKUT KEPADA PDRM DI FEDERAL HIGWAY

 Jingga13 Selangor melalui Kordinatornya Komrad Mikheal Iskandaar Abdullah telah menghulurkan sumbangan 2 kotak biskut 'Tiger' kepada Polis DiRaja Malaysia ( PDRM )  yang merupakan 'frontliner' dalam melakukan sekatan jalanraya bagi mencegah dan memutuskan rantaian Covic-19 terutama di negeri Selangor .

Menurut Komrad Mikheal Iskandaar yg juga merupakan Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia , " Kami sangat prihatin terhadap komitmen dan kesungguhan para 'frontliner' terutama Anggota PDRM yang sanggup berhujan panas dalam usaha memutuskan rantaian padermik Covic-19 , hanya Allah yang mampu membalas ". 

JINGGA13 PASIR GUDANG DAN BIRO KEBAJIKAN PARLIMEN PASIR GUDANG MEWAKILI YB HASAN KARIM DAN TURUT BERSAMA YB LIOW CAR TONG ADUN JOHOR ZIARAH PRIHATIN UNCLE KONG

03/06/2021 Pagi ini Team Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang bersama Jingga 13 Pasir Gudang turun padang mewakili Yb Hassan Abdul Karim ke Bandar Baru Permas Jaya.

Mengikut SOP yang sudah ditetapkan,bersama Yb Liow Cai Tong Adun Johor Jaya kami ke Permas 6 untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan makanan dari Yb Hassan dan Yb Liow kepada keluarga En Kong Hwee Chuan yang punya masalah kesihatan.

Menurut En Kong,akibat dari jatuh ditempat kerja hingga kini beliau sudah tidak boleh bekerja dan hanya bergantung kepada anaknya yang berusia 16tahun yang terpaksa berhenti sekolah kerana terpaksa bekerja untuk menyara keluarga.

Menurut En Kong lagi beliau telah memohon bantuan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dalam menunggu jawapan kelulusan dari pihak JKM.

Pada tahun 2019 TNB telah memberhentikan bekalan tenaga kerumahnya kerana masalah tak dapat menjelaskan tunggakan bil bulanan tetapi pada awal bulan Mei lalu beliau ada menerima bil yang tertunggak dengan kadar agak tinggi..

Kami akan cuba bantu En Kong untuk mendapatkan jawapan-jawapan dari semua persoalan yang beliau harapkan dari jabatan-jabatan terbabit.

Terima Kasih kepada Yb Liow yang turut menyampaikan sumbangan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan En Kong dan semuga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan bebanan yang En Kong dan keluarganya tanggung.

Tuesday 1 June 2021

SHAMSHUL DILANTIK KOORDINATOR JINGGA13 NEGERI PERAK , EMMIZA HASMI TIMBALAN KOORDINATOR

 Jingga13 Malaysia melantik Sdr Shamshul Mustafa a.k.a Bro Sam sebagai Koordinator Jingga13 Negeri Perak dan Sdr Emmiza Hasmi sebagai Timbalan Koordinator . 

Sdr Bro Sam pernah menjawat jawatan Penolong Setiausaha MPN Keadilan Perak dan sekarang ialah Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu Gajah di lihat mampu memimpin Jingga13 Perak dan dibantu Sdr Emmiza Hasmi .

Sdr Emmiza Hasmi , 47 tahun , yang bekerja sendiri juga merupakan pimpinan Parti Keadulan Cabang Kampar , Perak sebagai Bendahari ..  

Diharapkan gandingan Bro Sam-Emmiza akan mengerakkan Jingga13 Negeri Perak dengan lebih aktif lagi terutama dalam kerja-kerja kebajikan membantu asnaf dan fakir miskin di negeri Perak Darul Redzuan . 

JINGGA13 KLUANG BERSAMA WAKIL YB ADUN MAHKOTA HULUR SUMBANGAN BARANG MAKANAN KEPADA 3 KELUARGA ASNAF TERKESAN PKP

Jingga13 Kluang diketuai koordinatornya Komrad Rosli Safie  bersama Saudara Abd Hamid , wakil Adun Mahkota YB Mohd Said Jonid menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada 3 keluarga di Tamann Sri Kluang yang terkesan akibat dgn PKP . Turut bersama komrad  Johan Ariff Anggota Sekretariat Jingga13 Kluang .


Semoga sumbangam tersebut dapat meringankn bebanan mereka terutama dalam suasana PKP yang banyak memberikan kesan kepada rakyat marhean .




Monday 31 May 2021

CIKGU ZAID KOORDINATOR JINGGA13 PENGERANG

Komrad Zaid Ahmad , 41 tahun seorang guru dilantik sebagai Koordinator Jingga13 Pengerang . Minat beliau kepada kerja-kerja kebajikan khususnya membantu golongan asnaf dan fakir miskin mendorong beliau menubuhkan Jingga13 Pengerang . 

Beliau yang sudah berumah tangga telah mula mengerakkan Jingga13 Pengerang bergerak aktif di Program Jejak Asnaf Ramadhan . 

Semoga Komrad Cikgu Zaid akan terus bergerak aktif membantu golongan asnaf dan fakir miskin . Semoga Allah membalas segala kerja ikhlas kita . 

JINGGA13 JOHOR LANTIK ROSLI SAFIE KOORDINATOR JINGGA13 KLUANG YANG BARU

 Koordinator Jingga13 Johor , Komrad Zabidoe Abas telah mengumumkan Komrad Rosli Sadie sebagai Koordinator Jingga13 Kluang yang baru setelah dikosongkan oleh Sdr Jaafar Matek .

Rosli  Safie , 50 tahun anak jati Kluang dipilih bagi meneruskan kepimpiann Sekretariat Jingga13 Kluang . Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Keadilan Cabangl Kluang diberikan kepercayaan di atas kesetiaan beliau kepada Jingga13 

Semoga Jingga13 Kluang dapat terus bergerak aktif terutama dalam kerja-kerja kebajikan membantu asnaf dan fakir miskin tanpa mengira agama dan bangsa mereka . 

Sunday 30 May 2021

JINGGA13 SABAH BERSAMA PKR BEAUFORT DAN SIPITANG ZIARAH MANGSA BANJIR DI BEAUFORT YANG PERLU AIR BERSIH

 29 Mei 2021 , Jingga 13 Sabah/Amk Putatan  Bersama PKR cabang Beaufort & PKR Cabang Sipitang yang diketuai oleh saudara Wendy Agong Baru ketua Cabang Sipitang, Saudari Manja Exco BE Keadilan, Puan Junaidah Ketua Srikandi Keadilan Sabah telah melawat kawasan banjir di daerah Beaufort. 


Dalam lawatan tersebut sebanyak 1,131 rumah yanh terlibat bencana banjir di N34 Lumadan antaranya ialah , Silaun Gadong ,48 buah rumah Kg Bintuka Padas Damit ,45 buah rumah Kg Tuhu lupak 75 buah rumah Kg Padas Damit, 99 buah rumah Kg Selinsing 47 buah rumah

6.  Kg Mejabai 48 buah rumah,  Kg Batanduk Batanduk. 67 Buah rumah, Kg Batanduk tangah 55 buah rumah, Kg Lumadan 387 buah rumah, Kg Luahan sanginan 250 buah rumah.

Hampir 200 Kotak Mineral water beserta face mask , baju terpakai dan sedikit keperluan asas telahpun berjaya diagihkan.

Dimaklumkan bahawa sudah hampir 2 minggu bermula dari bencana banjir ini bermula penduduk di daerah Beaufort telah terputus bekalan air bersih.

Kami menyeru agar kerajaan negeri terutamanya Majlis Daerah untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana bekalan air bersih adalah sangat penting bagi meneruskan kelangsungan hidup penduduk di daerah tersebut.

Diharapkan dengan adanya sumbangan yang telah diberikan dapat sedikit sebanyak membantu masyarakat di daerah Beaufort















KHADARI KOORDINATOR BARU JINGGA13 PULAU PINANG GANTI ISKANDAR

Sdr Mohamad khadari bin Mad Salleh a.k.a Kod , 40 tahun telah dilantik sebagai Koordinator Jingga13 Pulau Pinang yang baru bagi mengantikan Komrad Iskandar yang terpaksa melepaskan jawatan di atas faktor kerja 

Jingga13 Malaysia merakaman jutaan terima kasih di atas komitmen yang diberikan beliau kepada Jingga13 sepanjang menjawat jawatan Koordinator negeri Pulau Pinang .

Sdr Kod yang berasal daripada Seberang Jaya , Parlimen Permatang Pauh , Pulau Pinang. Seorang aktif dalam Parti Keadilan Rakyat terutama di Parlimen Permatang Pauh . 

Pada tahun 2006 beliau dilantik Pengerusii MPKK Jalan Tenggiri Dun Seberang Jaya . Sdr Kod juga pernah menjawat jawaran Timbalan Ketua AMK Cabang Permatang Pauh pada tahun 2016 hingga 2019 . Sekarang beliau merupakan AJK Keadilan Cabang Permatang Pauh. 

Semoga perlantikan beliau akan mempergiatkan lagi aktiviti Jingga13 terutama dalam membantu golongan fakir miskin di negeri Pualau Pinang . 

JINGGA13 JOHOR DAN PKR TENGGARA TERIMA SUMBANGAN YB AKMAL NASIR KETUA AMK PUSAT UNTUK SUMBANGAN KEPADA ASNAF

Jingga13 Negeri Johor marakam ucapan Terima kasih kepada YB Akmal Nasir  Ketua AMK Malaysia merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru yang sudi menghulurkan bantuan sumbangan kepada NGO Jingga13 Dan PKR Cabang Tenggara untuk disalurkan kepada masyarakat sekitar Tenggara Dan Kota Tinggi.


Sumbangan tersebut akan dihulurkan kepada golongan yang terkesan akibat Perintah Lockdown bermula 1 jun ini. Kami akan turun padang menyampaikan sumbangan tersebut bersama Penyelaras Dun Panti Sdr Mohd Fakharuddin  dan KC Tenggara Sdr Shamsuri Shams juga Sdr Syamil Sobri selaku Ketua AMK Cabang dalam Masa terdekat.



Terimakasih kepada rakan Komrad Jingga13 Sdr Kamaluddin Me Simpol Koordinator Jingga13 Kota Tinggi dan Sdr Shaddiq Zabidie selaku Timb Koordinator Jinggawan Negeri Johor  yang turut membantu.

TAHNIAH ! JOHOR DIUMUM JUARA SEKRETARIAT NEGERI TERBAIK , PERLIS NAIB JUARA , KLUANG DINOBAT SEKRETARIAT PARLIMEN TERBAIK

 Sewaktu memyampaikan ucapan dasar Ketua Koodinator Jingga13 Malaysia Cheif Fariz Musa telah mengumumkan SEKRETARIAT NEGERI TERBAIK DIJUARAI NEGERI JOHOR di bawah kepimpinan koordinatornya Komrad Zabidie Abas . Manakala NAIB JUARA IALAH NEGERI PERLIS di bawah Koodinator Komrad Hasparizal sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2019-2020 Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia . 


Johor dan Perlis dipilih berdasarkan kepada prestasi dan keaktifan serta kekuatan organisasi sekretariat yang kuat dan kukuh . 

Cheif Fariz Musa juga turut mengumumkan SEKRETARIAT  PARLIMEN TERBAIK ialah KLUANG di bawah koordinatornya Komrad Rosli .

Tahniah kepada negeri Johor , Perlis dan Kluang yang turut menerima plug kristal daripada Pertubuhan Jingga13 Malaysia . .