Saturday 22 May 2021

JINGGA 13 SABAH DAN AMK PUTATAN TERUS PRIHATIN , HULUR PAKAIAN TERPAKAI KEPADA YANG TIDAK BERKEMAMPUAN DI TELUK LAYANG , LIKAS

Jingga 13 Sabah dengan bantuan AMK Cabang Putatan telah berjaya mengagihkan Pakai terpakai yang telah didermakan oleh penderma semasa jualan amal bundle Mangsa kebakaran Kampung Meruntum.




Dalam program tersebut Jingga 13 Sabah bersama Amk Putatan berjaya mendapatkan hampir 50 Pax baju terpakai yang didermakan kepada Mereka yang kurang berkemampuan di Teluk Layang Likas.

Dengan Adanya berterusan Program prihatin Jingga 13 Sabah ini, diharap dapat sedikit sebanyak membantu masyarakat yang sedikit sebanyak terkesan dengan penularan Wabak Covid ini.






















Muafakat  * Prihatin * Berani

Friday 21 May 2021

Kenyataan Media Bersama Gerakan Reformis Malaysia : GRM BERSAMA PERJUANGAN PALESTIN

 Kenyataan Media

Gerakan Reformis Malaysia 

21 Mei 2021


GRM BERSAMA PERJUANGAN PALESTIN

Gabungan Reformis Malaysia (GRM) mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman berterusan Regim Zionis Israel terhadap Palestin dan Masjid Al Aqsa yang telah berlangsung lebih separuh abad.

GRM amat kesal dengan kuasa-kuasa besar dunia yang bermain dibelakang tabir terhadap kekejaman Regim Zionis Israel untuk sekian lamanya sejak Perjanjian Balfour 1948.

GRM dengan ini, berpendirian dengan tegasnya mendukung perjuangan Palestin serta;

a) Mendesak sidang tergempar khas Parlimen Malaysia diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin serta mengutuk kezaliman Regim Zionis Israel.

b) Mendesak Kerajaan Malaysia mengambil pendirian bahawa Regim Zionis Israel adalah negara pengganas.

c) Mendesak Kerajaan Malaysia  menghentikan hubungan dagang dengan Regim Zionis Israel.

e) Mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatannya mengutuk kekejaman Regim Zionis Israel dan segera diadakan genjatan senjata.

e) Mendukung semua usaha kerajaan, swasta, NGO Masyarakat Madani, individu dan pelbagai pihak dalam usaha membantu rakyat Palestin samaada melalui bantuan makanan, pakaian, perubatan, solat hajat, doa dan seumpamanya.

GRM akan menghantar pendirian ini ke Pejabat PBB di Malaysia, Kedutaan Amerika, Kedutaan-Kedutaan Asing dan juga Kerajaan Malaysia.

GRM Membina Malaysia Baharu

"Reformis berjuang, berkhidmat, dan berjasa".


MUSTAFFA KAMIL AYUB

Presiden,

Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT) merangkap

Penyelaras GRM.


DR BADRUL AMIN

Pengerusi

Pro 98 Reformis


DR IDRIS AHMAD

Pengerusi 

Otai Reformis.


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator

Jingga 13 Malaysia


KHAIRUL ANUAR OTHMAN

Presiden

Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM)


BRIG. GEN.(B) DATO ABDUL HADI ABDUL KHATAB

Presiden

Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN)


AZIZAN MEMALI

Presiden 

Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM)


MOHD BUSTAM OMAR

Pengerusi

Persatuan Media Sosial (PEMASSA)


EDDIE  ARMAN MOHD YUNOS

Pengerusi

Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (GASAK)


MEJAR (B) RAZALI ALIAS

Presiden 

Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN).


MUSTAFA MANSOR Presiden

Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSA).


 ZULKEFLY OTHMAN

Setiausaha GRM.

________________________________________

Media statement 

Malaysian Reformist Coalition (GRM) 

May 21, 2021


GRM STANDS WITH PALESTINE

The Malaysian Reformist Coalition (GRM) strongly condemns the Israeli Zionist Regime's continued tyranny against Palestine and the Al Aqsa Mosque that has lasted for more than half a century.

GRM deeply regrets the great powers of the world who have been playing behind the scenes against the atrocities of the Israeli Zionist Regime for so long since the 1917 Balfour Declaration and the formation of illegal state of Israel, 1948.

GRM hereby, firmly stands in support of the Palestinian struggle as well as;

a) Urge a special emergency session of the Malaysian Parliament to be held to express support for the Palestinian struggle and to condemn the tyranny of the Israeli Zionist Regime.

b) Urge the Malaysian Government to take the stand that the Israeli Zionist Regime is a terrorist state.

c) Urge the Malaysian Government to stop trade relations with the Israeli Zionist Regime.

d) Urge the Malaysian Government to organize KL Summit 2.0 on Palestine issue with the participation of particularly Turkey, Pakistan, Qatar, Indonesia and Iran.

e) Urge the United Nations (UN) and its Security Council to condemn the atrocities of the Israeli Zionist Regime and immediately hold a ceasefire with peace keeping personels.

e) Support all efforts of the government, the private sector, civil society NGOs, individuals and various parties in an effort to help the Palestinian people whether through food aid, clothing, medicine, prayers, supplications and the like.

GRM will send this stand to the UN Office in Malaysia, the OIC Secretariat, the American Embassy, ​​Foreign Embassies and also the Government of Malaysia.

Thursday 20 May 2021

SALAM TAKZIAH KEPADA KOMRAD EDZHA ZAIN SEKEKUARGA DARIPADA JINGGA13 MALAYSIA

 Jingga13 Malaysia merakamkan salam takziah kepada Komrad Edzha Zain a.k.a. Iss Koordinafor Jingga13 Sabah di atas pemergian kerahmatullah nenda tercinta Almarhumah Sabiah binti Bujang yang meninggal kerana kanser paru2 stage 4 . 

Semoga roh almarhumah nenda Komrad Iss di cucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman . Amin Ya Rabbal'alamin . al-fatihah



Tuesday 18 May 2021

HISHAMUDDIN TIDAK PERLU SIBUK MENYELAR TINDAKAN PBB, HENTIKAN DAHULU PERDAGANGAN MALAYSIA - ISRAEL, ANTARA PENYUMBANG 'PELURU' MEMBUNUH RAKYAT PALASTIN

 Kenyataan Media

Jingga13 Malaysia 

18 Mei 2021 

HISHAMUDDIN TIDAK PERLU SIBUK MENYELAR TINDAKAN PBB, HENTIKAN DAHULU PERDAGANGAN MALAYSIA - ISRAEL, ANTARA PENYUMBANG 'PELURU' MEMBUNUH RAKYAT PALASTIN

#

Menteri Luar Negeri Hishamuddin Hussein dalam kenyataannya menyelar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tidak mengambil tindakan terhadap Israel.

Semua orang sudah tahu itulah sikap PBB yang sudah berpuluh tahun tiada tindakan proaktif terhadap Israel. Ribuan rakyat Palastin yang dibunuh dan diseksa oleh tentera Rejim Zionis Israel langsung tidak diendahkan oleh PBB.  

Bagi Jingga13 Malaysia, beliau tidak perlu menjadi 'hero' memandangkan Malaysia adalah salah satu antara negara yang melakukan hubungan perdagangan yang sangat erat dan aktif dengan Israel. Hampir setiap hari kapal ZIM milik Israel Corporation masuk berlabuh dan punggah-memunggah naik turun kontena-kontena mereka. 

Walaupun Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara tersebut. Ini hanyalah retorik sahaja, sejak UMNO-BN memerintah lagi.  Kapal-kapal dagang Israel boleh masuk ke negara kita bila-bila masa sahaja. Pintu negara dibuka seluas-luasnya kepada kapal-kapal perdagangan Zionis Israel. 

Sedangkan hakikatnya, Malaysia terus mempunyai hubungan perdagangan yang turut menyumbang kepada ekonomi negara haram Israel, malah ia memberi makna bahawa Malaysia juga adalah negara yang menyumbang ke arah pembelian 'peluru' yang membunuh rakyat Palestin. Sebab itu Hishamuddin Hussein tidak perlu berlakun menyelar Israel dan PBB memandangkan Malaysia adalah negara yang mesra Isreal. Umpama ayam berkokok berderai tapi ekor begelumang tahi. 

Jingga13 Malaysia telah mendedahkan berkaitan hubungan perdagangan Malaysia-Israel pada tahun 2012 , Jingga 13: Bukti video, kapal Israel di Pelabuhan Klang https://m.malaysiakini.com/news/189692

Malaysia-Israel: Kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang http://www.themalaysianview.com/2012/02/malaysia-israel-kapal-israel-berlabuh.html?m=1

Dua Kapal Israel di Pelabuhan Klang (Westport) https://www.milosuam.net/2012/02/dua-buah-kapal-israel-di-pelabuhan.html?m=1

ZIM Atlantic di Westport , Pelabuhan Klang

ZIM USA di Westport , Pelabuhan Klang

Bujti rakaman video berlaku Westport.  Pelabuhan Klang

Bukti "Sailing Clearance " kapal ZIM Atlantic daripada Pelabuhan Ashdod , Israel terus ke Pelabuhan Klang 

Bukti pengimportan kayu balak ke Pelabuhan Ashdod Israel yabg dicop oleh Kastam Malaysia di Pelabuhan Klang


Banyak trailer yang membawa kontena ZIM setiap hari di atas lebuhraya negara kita ke Pelabuhan Klang 

Bukan sahaja kemasukan kapal Zim milik Israel Corporation, malah timbunan kontena kapal ZIM yang ada di West Port, Pelabuhan Klang membuktikan bahawa wujudnya perdadangan antara Malaysia-Israel. Termasuklah pendedahan bukti yang sebuah syarikat pembalakan Malaysia mengeksport kayu balak terus ke Haifa, Israel melalui kapal ZIM . 

Kenyataan Perdana Menteri Muhyidin Yassin dan Menteri Luar Negara Hisamudin Hussein mengutuk Israel adalah kata-kata penyedap halwa telinga dengan lakunan muka sedih yang kononnya bersimpati dengan ap1a yang berlaku di Palastine , tapi seruan mereka berdua ini merupakan retorik semata-mata. Hentikan dahulu hubungan perdagangan Malaysia - Isreal baru layak untuk bercakap mempertahankan rakyat Palatine.

Malah sehingga sekarang Perdana Menteri terlalu takut untuk mengistiharkan Israel sebagai sebuah negara penganas. Jingga13 Malaysia sekali lagi mencabar Perdana Menteri Muhyidin Yassin mengistiharkan Israel sebagai sebuah negara penganas dan menghentikan hubungan dagang Malaysia-Israel dengan SEGERA. 

Muafakat*Prihatin*Berani 


FARIZ MUSA 

Ketua Koordinator 

Jingga13 Malaysia







JINGGA13 PASIR GUDANG BERSAMA BIRO KEBAJIKAN PARLIMEM PASIR GUDANG BAGI MEWAKILi YB PAK HASSAN KARIM ZIARAH KASIH PN NOR DAN TUJUH ANAK

Tanggal 17/05/202,  Team Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang bersama Jingga13 Pasir Gudang turun padang mewakili Yb Hassan Abdul Karim ke Taman Megah Ria bagi ziarah kasih Pn Nor Azalinawafi yang sebelum ini tular di media Komso " Raya suram ibu tunggal tujuh anak " yang mendapat perhatian YB Hassan Katim selaku Ahli Parlimem Pasir Gudang . 

Mengikut SOP yang sudah ditetapkan, kami ke Perumahan Cenderai untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan makanan dan sumbangan prihatin dari YB Hassan kepada keluarga Puan Nor Azalinawati serta anak-anaknya.


Terima kasih Kepada Sdr Syed Othman dari Parti Amanah Pasir Gudang yang turut  membantu memanjangkan permasalahan Puan Nor ke Majlis Agama Islam Johor dan membantu didalam pengurusan permohonan bantuan zakat kepada keluarga Puan Nor.

Semuga dengan sedkit sumbangan ini dapat meringankan bebanan yang mereka tanggung.

Monday 17 May 2021

JINGGA 13 SABAH & AMK CABANG PUTATAN AGIH PEK MAKANAN SERTA PELITUP MUKA KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG MERUNTUM PUTATAN SABAH

17 Mei 2021, Jingga 13 Sabah bersama dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan Cabang Putatan berjaya mengumpul dana untuk menghulurkan bantuan kilat kepada mangsa kebakaran di kampung Meruntum , Putatan , Sabah 


Dalam kejadian  kebakaran tersebut Hampir 35 buah rumah yang melibatkan 45 buah keluarga, menjadi sehelai sepinggan akibat bencana tersebut.




Menurut Komrad Mugen , Timbalan Koordinator Jingga13 Sabah berkata ," Dengan keperihatinan Jingga13 Sabah dan Jingga13 Malaysiatelah  mengumpulkan dana untuk membeli dan mengagihkan pek makanan yang mengandungi barang keperluan asas.  Alhamdulillah telah berjaya disampaikan oleh Komrad Jingga13 Sabah dan AMK Putatan kepada mangsa kebakaran tersebut.," 














Semoga dengan adanya sumbangan tersebut , harapnya dapat meringankan sedikit beban mangsa tersebut.