Saturday 24 April 2021

JINGGA13 MALAYSIA HADIR TEMU RAPAT SANTAI GABUNGAN REFORMIS MALAYSIA

 Haeu ini Jingga13 Malaysia yang diwakili Sdr Mikheal Iskandaar Abdullah , Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia dan Sdr Afzainizam Abd Rahman , Setiausaha Agong Jingga13 Malaysia ke program TEMU SANTAI GRM bertema "Reformis Berbakti Reformis  Berjasa" bertempat di Dewan Restoran Maharani Sek.6 Kota Damansara, PJ Selangor D.E

Pertemuan ini adalah satu usaha untuk merapatkan saf kepemimpinan seluruh gabungan GRM, menilai suasana semasa, memantapkan hala tuju sekaligus melakar pelan tindakan.



 











Friday 23 April 2021

Jingga 13 Perlis dan Kangar ziarah kasih Makcik Siti Asa sempena Jejak Asnaf Ramadhan

Pada pagi ini Koordinator Jingga 13 Kangar saudara Rosmaini bersama Koordinator Jingga 13 Perlis saudara Rizal menziarahi makcik Siti Asa binti Ahmad di rumah sewa beliau di Jalan Sekolah Derma , Kangar serta menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas daripada Jingga 13 Perlis bagi meringankan sedikit beban kos sara hidup keluarga beliau.

Beliau yang kini sukar untuk berjalan akibat masalah lutut hanya bergantung dengan bantuan anak dan menantu beliau untuk bergerak. Suami beliau juga dalam keadaan uzur akibat komplikasi darah tinggi dan kencing manis serta masalah asma .

JINGGA13 KLUANG RAYU BANTU PAKCIK OTHMAN DERITA PARKINSON , BUMBUNG RUMAH HAMPIR ROBOH

Khamis, 22 April 2021 , sempena Program Jejak Asnaf Ramadhan , Jingga13 Kluang telah menjejaki satu keluarga warga emas . Sdr Jaafar Matek , Koordinator Jingga13 Kluang bersama-sama Komrad Sdr Rosli  meluangkan masa melawat sepasang warga emas tersebut di Kg Bentong Dalam, Kluang, Johor



En Othman bin Md Nopiah, 64 tahun yang mengalami penyakit parkinson tinggal bersama isterinya dalam sebuah rumah kampong yang agak usang.

En Othman tidak berkerja, begitu juga isterinya hanya mengharapkan anak-anaknya yang tinggal di tempat lain mengirim wang belanja bagi meneruskan kehidupan.


Banyak kerosakan pada rumahnya, terutama bahagian bumbung yang hampir runtuh dan ada yang telah tiada selain kerosakan pada dinding dan siling rumahnya.

Jingga 13 Kluang akan cuba berusaha bagi membantu dan merayu mana-mana pihak untuk membaiki rumah warga emas tersebut, terutama bahagian bumbungnya.


Muafakat-Prihatin-Berani



Thursday 22 April 2021

JINGGA13 PERLIS DAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KANGAR BERKOLABORASI DENGAN MERCY MALAYSIA DALAM PROGRAM SUMBANGN RAMADHAN RELIEF 2021 DUN KAYANG DAN BINTONG

 Pada 21 April yang lalu Jingga 13 Perlis telah turut sama dalam program penyerahan sumbangan Barangan Keperluan Asas Ramadhan Relief 2021 Mercy Malaysia dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kangar . Program selama sehari ini menyasarkan golongan yang memerlukan di DUN Kayang dan DUN Bintong.

Program ini disusun dan dilaksanakan oleh YB Noor Amin ahli parlimen Kangar,  Koordinator Jingga 13 Parlimen Kangar saudara Rosmaini dan Tuan Amrul mewakili Mercy Malaysia  melibatkan 80 penerima yang telah dikenalpasti.




Terima kasih diucapkan kepada YB Noor Amin bin Ahmad dan Tuan Amrul di atas sumbangan Ramadhan Relief 2021.  Tidak lupa juga ucapan terima kepada sukarelawan Jingga 13 Saudara Cheam , Saudara Salim , Saudari Yati , Saudara Amran yang turut menjayakan program ini.











JINGGA13 SIMPANG RENGGAM BERSAMA DAP JOHOR MELAKUKAN SANITASI CEGAH COVIC-19 DI MASJID RENGGAM

 Jingga13 Simpang Renggam bersama Unit Tindakan Khas DAP Johor telah melakukan kerja amal dengan memberikan khidmat untuk para kariah masjid supaya dapat menunaikan ibadah serta solat berjemaah 5 waktu dan Solat Sunat Terawih dengan selesa. Semoga Ramadan dan Aidilfitri kali ini tentu lebih baik dari segi kesihatan bagi penduduk Melayu Islam terutama dalam mencegah Covic-19 . 

Terima kasih kepada pasukan sukarelawan pembersihan sanitasi yang terdiri daripada Jingga 13 Simpang Renggam yang diketuai koordinator Jingga13 simpang Renggam Sdr Sukri Zakaria dan Sdri Marina Ibrahim Setiausaha Publisiti Wanita Dap Johor . Turut serta ialah komrad Jngga13 Simpang Renggam Komrad Md.Hairon Bin Md.Taib , Komrad Faiz Bin Abu Dan Komrad Yahya Bin Jamian dengan kerjasama Unit Tindakkan Dap Johor (En Bao Qiang Ho).

Turut hadir bersama ialah Tuan Pengerusi Masjid Renggam , Tuan Haji Selamat Bin Haji Ishak dan AJK masjid . 








Selamat menunaikan ibadah puasa.


#pakatanharapansimpangrenggam

#LawanCovid19SampaiMenang

#UnitTindakkan DapJohor

#jingga13simpangrenggam

#jingga13malaysia

#muafakatperihatinberani

Tuesday 20 April 2021

JINGGA13 SABAH BERSAMA PKR CABANG PUTATAN SAMPAIKAN SUMBANGAN PAKAIAN DAN BARANGAN KEPERLUAN KEPADA 200 MANGSA KEBAKARAN DI KG LOK URAI , PULAU GAYA

JINGGA 13 Sabah dengan bantuan PKR cabang Putatan bawah YB Tuan Awang Husaini Bin Sahari menghulurkan bantuan Pakaian & barangan keperluan sempena bulan ramadan.


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, ungkapan yang boleh di gambarkan kepada mangsa kebakaran yang membabitkan 73 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya,  yang menyebabkan lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal.



Menurut Sdr. Edzha Zaini , Koordinator Jinhga13 Sabah , "Atas dasar prihatin serta peka Jingga 13 Sabah bersama PKR Cabang Putatan terhadap nasib mangsa yang kehilangan tempat berlindung membolehkan Jingga 13 Sabah turut serta dalam menghulurkan bantuan dan  diharapkan bantuan ini dapat sedikit sebanyak membantu dan meringankan beban mereka teeutama fi bulan Ramadhan Al-mubarak ini " .










Muafakat * Prihatin * Berani