Saturday 10 April 2021

OTAI-OTAI BENTUK SEKRETARIAT JINGGA13 HULU TERENGGANU , DIPIMPIN RASIDI SELAKU KOORDINATOR

Sekretariat Jingga13 Hulu Terengganu telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama yang turut dihadiri Kootdinator Jingga13 Negeri Terengganu Sdr Shahrulnizam .

Mesyuarat semalam telah membariskan otai-otai hebat sebagai Ahli Sekteriat Jingga13 Hulu Terengganu yang dipimpin oleh  En Mohd Rasidi Bin Ranun selaku Koordinator .

Berikut adalag Ahli Sekretariat Jingga13 Hulu Terengganu

Koordinator : En Mohd Rasidi Bin Ranun 

Timbalan Koordinator : En Mohd Noor Bin Salleh 

Setiausaha : En Ab Majid Bin Idris 

Bendahari : En Mohd Nadmin Bin Md Saleh 

Ajk : En Ali Azhari bin Ahmad

Ajk : En Abdullah Bin Md Zain

Ajk : En Mokhtar Bin Che Awang

Ajk : En Mohamad Bin Embong


Thursday 8 April 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM ZIARAH KASIH SANTUNI ASNAF

 Jingga13 Simpang Renggam telah mengadakan ziarah kasih di kawasan Sungai Limau dan Parit Haji Salam , Simpang Renggam dengan menyantuni 3 penerima dengan menyampaikan barangan makanan bagi meringankan bebanan mereka . 

Jingga13 Simpang Renggam diwakili Komrad Md Khairon bin Mad Taib dan Komrad Kairul bin Samat telah mengziarahi seorang Orang Kurang Upaya Sdr Ramli bin Masiran , seorang balu Puan Zaitin Atan dan sorang ibu tunggal Puan Nor Azilawati binti Abdullah . 


#Jingga13malaysia

#Jingga13simpangrenggam

#maufakatperihatinberani

Tuesday 6 April 2021

 JINGGA13 KLUANG BERSAMA PKR KLUANG AGIH BUAH PISANG KEPADA JABATAN KERAJAAN , SEKOLAH & ASRAMA ANAK YATIM KLUANG SUMBANGAN YB CHEW CHONG SIN ADUN MENGKIBOL

 06 April 2021 , Keadilan Kluang bersama Jingga13 Kluang mengedarkan buah pisang kepada Jabatan2 Kerajaan, Sekolah dan Asrama Anak Yatim Kluang.

1- Jabatan Penguatkuasaan Dan Keselamatan, Majlis Perbandaran Kluang - 1 Kotak

2-Rumah Anak Yatim Kluang - 1 Kotak 

3- Jabatan Kebajikan Masyarakat Kluang - 1 Kotak

4- Sekolah Men Agama Kerajaan Johor - 2 Kotak

5- Bomba Dan Penyelamat - 1 Kotak

Jumlah agihan hari ini, 6 kotak dengan setiap kotak mengandungi 100 buah pisang, hasil sumbangan deri Pejabat Adun Mengkibol, YB Chew Chong Sin.



Agihan yang bermula dalam pukul 2.30 petang telah dihadiri oleh Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang, Sdr Jaafar, Koordinator Jingga13 Kluang bersama2 Sdr Johan Arif dan Pn Jyanti.




Jingga 13 Perlis sampai sumbangan kepada golongan memerlukan di Mata Ayer dan Chuping

Koordinator jingga 13 Padang Besar Saudara Rahman bersama rombongan Jingga 13 Negeri Perlis telah mengadakan program ziarah Kasih menyasarkan 6 buah keluarga di sekitar Mata Ayer dan Chuping .

Program Ziarah Kasih kali ini dibantu oleh Ustaz Sabri yang merupakan Imam Masjid As Sobirin Kampung Gial Mata Ayer. Beliau telah membawa rombongan Jingga 13 ke rumah warga emas terlantar, pesakit stroke dan sebuah keluarga yang mana anak-anaknya mengalami masalah genetik yg menyebabkan mereka tidak dapat berjalan normal.



Seterusnya saudara Haziq dan Saudara Azzin membawa rombongan Jingga 13 ke rumah seorang warga emas yang mengalami masalah penglihatan, bapa tunggal yang menjaga anak OKU serta rumah penduduk berbangsa Thai yang mengalami masalah stroke.

Program ziarah Kasih ini juga mendapat perhatian YB Azam adun Kuala Perlis yang turut sama memberi sokongan









Monday 5 April 2021

Lawatan Muhibbah Jingga 13 Perlis di Kaki Bukit Parlimen Padang Besar

 Jingga13 Perlis telah mengadakan lawatan muhibbah yang bertujuan menemui beberapa orang penduduk berbangsa cina di kawasan Kaki Bukit yang terjejas sepanjang PKP yang lalu. 


Lawatan ini diatur oleh  Saudara Cheam Wen Loong yang mana menyasarkan 3 orang OKU dan 2 orang yang tidak berkemampuan. 

Lawatan tetsebut turut menyampaikan sumbangan barangaan makanan agar dapat meringabkan kehidupan mereka . 





JINGGA13 SIMPANG RENGAM BERSAMA PKR CABANG SIMPANG RENGGAM HULURKAN SUMBANGAN PRIHATIN KEPADA 2 KELUARGA ASNAF

Jingga13 Simpang Renggam bersama pimpinan Parti Keadilan Rakyat Cabang Simpang Renggam telah menyampaikan sumbangan prihatin kepada 2 famili asnaf di Ladang Southern Malay Simpang Renggam .

Sdr Zaidi dan Puan Azie telah menerima sumbangan barangan makanan bagi tujuan meringankan bebanan mereka . 


#jingga13simpangrenggam

#muafakatperihatinberani

Sunday 4 April 2021

SALAM TAKZIAH KEPADA SDR KASANI SARBIN SEKELUARGA , AJK JINGGA13 SIMPANG RENGGAM DI ATAS PULANGNYA KERAHMATULLAH ANAKANDA TERCINTA

 Jingga13 Malaydia merakamkan salam takziah kepada Sdr Kasani Sabrin sekeluarga di atas pulangnya ke rahmatullah anakanda rersayang arwah Nur Izzati binti Kasani . 


Semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan krpada Sdr Kasani dan ahli keluarga di atas ujian dan dugaan oleh Allah SWT dan ditemoatkan areah bersama-sama orang yang beriman . 

Terima kasih di atas kehadiran serta sumbangan daripada Ketua Keadilan Cabang Simpang Renggam Mr. Wong Yun Chin , Sdr Sukri Zakaria , Koordinator Jingga13 Simpang Renggam dan En Vijendran AL Nanasekaran mewakili AMK Simpang Renggam. 



36 PESERTA MERIAHKAN PERTANDINGAN BOLING MUAFAKAT JINGGA13 KLUANG 2021

 Sabtu, 3 April 2021 bertempat di Ampang SERSERTA uperBowl Kluang Mall, Kluang , Jingga13 Kluang dengan kerjasama Keadilan Cabang Kluang menganjurkan pertandingan Boling Muafakat Jingga13.


Terbahagi kepada 2 kategori, lelaki dan perempuan dengan 23 penyertaan lelaki dan 13 penyertaan perempuan.

Setiap penyertaan menerima sehelai tshirt, plug penyertaan dan voucher RM100 sumbangan Kedai Cermin Mata Cahaya Intan.

Pemenang pertama hingga ketiga lelaki/perempuan menerima piala dan hamper manakala pemenang keempat hingga ke sepuluh lelaki/perempuan menerima hamper.






hadiah telah disampaikan oleh Sdr Jaafar, Koordinator Jingga13 Kluang, Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang, Ms Boo, Wakil YB Chew Chong Sin dan Pn Surya, wakil YB Hajjah Natrah , pemenang hamper cabutan bertuah pula disampaikan oleh Sdr Rosman, Koordinator Jingga13 Pontian.


Terima kasih kepada kepada semua yang mengambil bahagian, Sdr Sukri Koordinator Jingga13 Simpang Renggam bersama2 ahli2nya, Jingga13 Sekijang dan rakan2 dari Parti Keadilan Rakyat.

Terima kasih kepada semua penyumbang, YB Hajjah Natrah (Penasihat Jingga13 Johor) , YB Chew Chong Sin, YB Mohamad Said Jonit dan Sdr Rosman.












































Terima kasih semua