Friday 19 March 2021

JINGGA13 PARIT SULONG MENGHULURKAN SUMBANGAN PRIHATIN KEPADA 6 KELUARGA ASNAF DAN OKU

 Seramai 6 keluarga ASNAF dan OKU menerima manfaat daripada sumbangan Jingga13 Parit Sulong hari ini. Mereka terdiri daripada kalangan ibutunggal, warga emas, mangsa covid-19 dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Berikut adalah senarai penerima sumbangan tersebut:

1. Moderikah binti Abd Samad (ibu tunggal/warga emas)

Kg.Pt.Laman Tegak,Sri Medan,83400 Batu Pahat.

2. Misridah binti Nawawi (ibu tunggal)

Kg.Pt.Laman Tegak,Sri Medan,83400 Batu Pahat.

3. Bahari bin Sanusi (warga emas)

Kg.Pt.Lapis Laman,Seri Medan, Batu Pahat.

4. Shahadan bin Ahmad (warga emas)

Kg.Pt.Laman Bukit,

Seri Medan Batu Pahat.

5. En.Boiran & keluarga (mangsa covid19).

Kg Pt. Karjan,

Seri Medan Batu Pahat.

6. Muhammad Azrul Shahfie bin Majid ( OKU).

Kg Pt Laman Tegak

Seri Medan Batu Pahat.


Mengurut Koordinatornya Tok Fazdil Mushi,  Sumbangan tersebut adalah berupa barang keperluan dapur dan keperluan harian, beras, minyak masak, gula, tepung dan sebagainya.

Jingga13 Negeri Johor mengucapkan terima kasih dan tahniah atas keprihatinan menyalurkan bantuan segera bagi membantu dan meringankan beban perbelanjaan harian mereka.



#MuafakatPrihatinBerani

Thursday 18 March 2021

FARIZ MUSA DIJEMPUT MENYAMPAIKAN UCAPUTAMA PROGRAM 'MUALIM 2021' ANJURAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Pusat Pendidikan Professional dan Lanjutan Univeraiti Utara Malaysia menganjurkan program MUALIM 2021 untuk Guru- Guru KAFA Daerah Langkawi, Kedah telah menjemput Sdr Fariz Musa , Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia sebagai salah seorang pengucaputama .


Ianya berlangsung pada 19 Mac 2021 , jam 3.00 petang secara Webex . Sdr Fariz Musa akan menyampaikan ucaptama beliau bertajuk "Mendidik generasi sukarelawan kreatif dan inovatif meyantuni masyarakat terpinggir ".

Jingga13 merakamkan jutaan terima kasih kepada Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan Univerisiti Utara Malaysia yang telah menjemput Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia untuk menyampaikan ucaptama sempena program MUALIM 2021 yang bermula 5 Mac sehingga 2 April 2021 .





Wednesday 17 March 2021

TUAN HAJI AFENDI WAKILI JINGGA13 SEMPURNAKAN AGIHAN WAKAF AL-QURAN DI CHENOR , MARAN

Alhamdulillah , memandangkan Jingga13 belum ditubuhkan di Maran ,    Tuan Haji Afendi , Penyelaras Parlimen Maram Parti Keadilan Rakyat telah menyampaikan amanah yang diberikan untuk mewakili Jingga13 Malaysia membuat agihan di Chenor , Maran .

Memandangkan masjid di Chenor sudah mendapat banyak sumbangan dan bantuan , justeru agihan menfokuskan lepada 2 buah surau di Chenor , Maran .


Tuam Haji Afend juga turuti menyampaikan 20 naskah Al-Quran kepada Surau Kg Tedung , Chenor dan 20 Naskah lagi di Madrasaj Kg Chenor , Maran .


Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan Terima kasih kepada Tuan Haji Affandi dan Tuan Haji Awang yang telah membantu untuk menyempurnakan amanah para penyumbang bagi membantu surau atau masjid ditenggelami banjir tempoh hari yang menyebabkan banyak al-quran rosak .

AJAI , SETIAUSAHA JINGGA13 MALAYSIA SEBAGAI MEDARATOR SEMBANG SANTAI GRM "REFORMIS TOLAK PENGKHIANATAN" DI LIVE FB GRM


MALAM INI 17 MAC 2021
JAM 9 MALAM
DI FB GABUNGAN REFORMIS MALAYSUA 

MENAMPILKAN AHLI PANEL

TUAN HAJI MUSTAFFA KAMIL AYUB
KAPTEN (B) ZULKIFLY OTHMAN 
DAN 
SDR MOHD SAYUTI OMAR

JINGGA13 KLUANG BERSAMA KEADILAN KLUANG DAN PEJABAT ADUN MENGKIBOL SANTUNI 2 KELUARGA

Jingga 13 Kluang mengadakan lawatan dan sumbangan kepada 2 keluarga pada petang ini.

1- Pn Rokiah binti Hussien

Tmn Desa Kluang

Merupakan seorang warga emas yang duduk bersama anak dan cucunya, kedua2nya perempuan

Keadaan rumah Pn Rokiah agak kurang terurus dengan keadaan ruangan dapurnya yg rosak teruk.

Sumbangan barangan makanan dan juga wang tunai dari YB Chew Chong Seng.







Hadir bersama2 Jawatankuasa Keadilan Cabang Kluang dan juga wakil dari Pej Adun Mengkibol.

2- Mohd Khairudden bin Zolkeflli

Tmn Intan Kluang

Menghidap penyakit kanser yang mengakibatkan beliau tidak mampu menguruskan dirinya.

Beliau yang mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak terpaksa menumpang di rumah bapanya, memandangkan isterinya perlu berkerja dan tiada yang dapat menguruskan dirinya.


Sumbangan barangan makanan, pampers dihulurkan bagi meringankan sedikit beban keluarga tersebut. Turut menyumbang, YB Chew Chong Sin, Adun Mengkibol, sumbangan berbentuk wang tunai telah disampaikan oleh Pegawai Khas Pej Mengkibol.

Terima kasih kepada rakan2 yang menyumbang wang tunai bagi sumbangan tersebut dan juga SV Prohealth Pharmacy yang turut menyumbang bersama2


#MuafakatPrihatinBerani

#Jingga13Kluang


Jaafar bin Matek

Koordinator Jingga13 Kluang

Tuesday 16 March 2021

JINGGA13 BERA SAMPAIKAN AL-QURAN DAN TELEKUNG SOLAT UNTUK SURAU KAMPUNG ORANG ASAL KG. DURIAN KUNING YANG TERABAI

Program Wakaf Al-Quran Pasca Banjir Jingga13 Malaysia diteruskan ke Parlimen Bera yang akan diuruskan Jingga13 Bera . Parlimen Bera juga turut menerima banjir besar tempohari . Banyak surau dan masjid ditemggelami banjir .

Jingga13 Bera berbesar hati menyampaikaan 5 naskah Al-Quran dan 3 Telekung solat untuk wanita di Surau Kampung Orang asal di Kg Durian Kuning , Bera. 

Sdri Fieza.  Koordinator Jingga13 Bera menyampaikan 5 naslah Al-Quran dan 3 Telekong tersebut keoada wakil Orang Asal Kg Durian Kuning Sdri Sapiah bt Basi. 

Menurut Sdr Norfiza ," Terdapat hampir 20 orang saudara baru daripada kamlung tersebut dan penyampaian 5 naslah Al-Quran dari Jingga13 melengkapkan jumlah Al-Quran di Surau tersebut sebanyak 20 naslah kerana sebelum ini hanya ada 15 naslah sahaja ". 

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Ahli Sekretfaiat Jingga13 Bera iaitu sdr Norazlan Zain dan Sdr Zainal Jusoh .

Semoga lengkapnya jumlah Al-Quran di Surau Kg Durian Kuning akan membantu untuk mereka belajar membaca Al-Quran . 

Jingga13 Bera agak terkilan apabila dimakumkan tiada guru Al-Quran yang dihantar oleh pihak yang berwajib dan bertanggungjawab dalam membimbing para saudaa baru Orang Asal. Difahamkan sdri Sapiah bt. Basi yang juga merupakan saudara baru mengambil inisiatif mengajar Al-Quran di situ. Satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku . 

Monday 15 March 2021

JINGGA13 KUANTAN BANTU YB HAJAH FAUZIAH , MP KUANTAN EDAR CUP CAKE DAN BUNGA ROS SEMPENA HARI WANITA

Sempena Hari Wanita 2021 , Jingga13 Kuantan telah turun membantu YB Fauziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan menyampaikan bunga ros dan cup xake kepada wanita-wanita bertempat di Pasar Tani UTC Kuantan .









JINGGA13 SAMPAIKAN 60 NASKAH WAKAF AL-QURAN DI MASJID DAN MADRASAH YANG TENGGELAM BANJIR DI PARLIMEN MARAN TEMPOHARI

Program Wakaf Al-Quran Pasca Banjir anjuran Jingga13 Malaysia dengan kerjasama Jingga13 Pahang ke Parlimen Maran bagi menyempurnakan agihan 60 naskah Al-Quran ke surau , madrasah atau maajid.yang  ditenggelami banjir dan lumpur dalam banjir besar tempohari . Banyak Al-Quran rosak . 


Jingga13 Pahang yang diwakiki Sdr Razali A.Bakar Koordinator Jingga13 Pahang bersama Sdr Shahril , Koordinator Program Wakaf Al-Quran Pasca Banjir Jingga13 Malaysia menyampaikan amanah tersebut . Sebelum ini ianya tertangguh ekoran PKP 2.0. 

Sdr Shahril dan Sdr Razali telah menyerahkan 20 naskah wakaf Al Quran Jingga 13 kepada Tuan Haji Ismail Ramli , Imam 2 Masjid Kampung Serekam, Maran  , Pahang .  Turut hadir bersama ialah Tuan Haji Awang , Ajk Keadilan Cabang Maran merangkap AJK Masjid Chenor , Pahang bagi mewakili Tuan Haji Afendi  , Penyelaras Parlimen Maran yang tidak dapat hadir  .

Maran adalah sebuah daerah yang besar juateru kesempatan itu Sdr Shahril menyampaikan 20 naskah Al-Quran kepada Masjid Chenor dengan mewakilkan kepada Tuan Haji Awang .  Manakala 20 naskah lagi akan diagihkan di Madrasah yang akan diwaklkan kepada Tuan Haji Awang dan Tuan Haji Afendi . 

Alhamdulillah misi agihan wakaf Al-Quran telah selamat disampaikan di Maran . Seterusnya 60 naskah lagi akan diagih di Parlimen Bera oleh Jingga13 Bera . 

Sunday 14 March 2021

Jingga13 Selangor bersama Gabungan Ketua Ranting PkR Cabang Kuala Selangor sampaikan sumbangan kepada tujuh famili yang terkesan oleh covic 19

Jingga13 Selangor dibawah koordinator Progam Ziarah Kasih khusus keoada komuniti India, Sdr Gobu telah menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada 7 famili yang terkesan daripada covic19 .


Progeam sumbangan barangan makanan tersebut di kawasan Bestari Jaya dan Kuala Selangor .

Ketua-ketya Rnbting yang turut hadit ialah En Philip , En Vikneswaran , En Vasanth , Pn Jegathiswari , Cik Revathi dan En SM Mohan

Semoga barang makanan tersebut dapat meringankan bebanan mereka .





JINGGA13 MALAYSIA MENGESA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TARIK BALIK KEBENARAN UJIAN SARINGAN COVIC-19 DI KLINIK SWASTA

*Kenyataan Media*

*Jingga13 Malaysia*


14 Mac 2021


JINGGA13 MALAYSIA MENGGESA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TARIK BALIK KEBENARAN UJIAN SARINGAN COVIC-19 DI KLINIK SWASTA 

Jingga13 Malaysia menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghentikan dengan segera mengeluarkan izin KKM kepada klinik-klinik swasta dari menjalankan ujian saringan Covid-19.

Jingga13 Malaysia menerima aduan bertarikh 12 Mac 2021 di Marang, Terenganu di mana terdapat sebuah Klinik Perubatan Swasta 24 jam di Kuala Terengganu yang mengaut keuntungan dengan menggunakan alasan bahawa mereka telah mempunyai kebenaran dari KKM untuk menjalankan ujian rasmi saringan Covid-19, sedangkan keputusan saringan tersebut langsung tidak diterima bulat-bulat oleh mana-mana Klinik Kesihatan Daerah. 

Ternyata ini adalah satu penganiayaan dan reaksi oportunis mengambil kesempatan yang dilakukan oleh klinik-klinik swasta terhadap para pelanggan, semata-mata meraih keuntungan dengan mengenakan bayaran yang mahal sedangkan para pelanggan tidak mengetahui yang keputusan ujian saringan Covid-19 klinik swasta hanya mempunyai anggaran 70-80% kesahihan sahaja. 

Bukankah pelanggan membayar kos yang mahal untuk ujian tesebut adalah supaya mereka bokeh mendapati keputusan yang mempunyai 100% kepastian?

Jika begitu, adalah lebih elok KKM mengarahkan semua ujian saringan Covid-19 hanya dibuat di klinik-klinik kesihatan atau hospital-hospital kerajaaan sahaja di mana keputusannya adalah lebih sahih dan diterima pakai oleh semua pihak untuk pelbagai urusan rasmi Kerajaan. 

Sekiranya pelanggan membuat bantahan, dengan senang hati mereka jawab; "Buatlah aduan. Kami ada lesen(izin) KKM". 

Mereka semua ini berselindung di belakang izin KKM untuk menghalalkan tindakan perniagaan  sangsi mereka. Entah apa lagi mereka gasak dengan menggunakan izin KKM untuk menghalalkan aktiviti komersil mereka. 

Tarik balik izin tersebut atau KKM akan turut dituduh menganiayakan Rakyat. Bersekongkol dengan klinik-klinik swasta mengaut keuntungan atas penderitaan dan kesengsaraan Rakyat.


*muafakat*prihatin*berani 


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator 

Jongga13 Malaysia