Saturday 6 February 2021

JINGGA 13 MELAKA ZIARAH KASIH 2 IBU TUNGGAL MISKIN

Khamis 4 Feb 2021 , Jingga 13 Melaka berkesempatan bertemu dengan 2 orang ibu tunggal yang memerlukan bantuan.


Keluarga pertama, Puan Elfa Syahrina tinggal di Ujong Pasir Melaka merupakan seorang warganegara Indonesia yang  berkahwin dengan lelaki tempatan. Suaminya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Ibu tunggal beranak 5 ini sekarang tidak bekerja dan tinggal bersama-sama 4 anaknya yang berumur di bawah 10 tahun. Anak sulung beliau berumur 20 tahun bekas pelajar sekoloah pendidikan khas tinggal bersama neneknya di kampung.


Keluarga kedua,Puan Julyana binti Rosli merupakan ibu tunggal yang mempunyai 3 anak, 2 daripadanya masih bersekolah. Ibu tunggal ini hidup dalam tekanan akibat kekangan kewangan dan masalah keluarga dan oleh sebab itu beliau  berulang alik ke hospital besar Melaka bagi mendapatkan rawatan pakar. Alhamdulillah, dengan ubat-ubatan yang diterima beliau masih mampu untuk meneruskan kehidupan.

Sumbangan dari Jingga 13 Melaka berupa bantuan makanan dan bantuan tunai.

Semoga diharapkan 2 keluarga ini tabah dalam mengharungi ranjau dan onak hidup.

Friday 5 February 2021

KEADILAN KLUANG BERSAMA JINGGA 13 KLUANG MELAWAT ADIK NOR RAHIL RAIHAN DI TAMAN ILHAM KLUANG.

 

Pada Khamis, 4 Feb 2021.  Keadilan Kluang bersama Jingga 13 Kluang meluangkan masa melawat keluarga Sdr Mohd Sharul di Tmn Ilham, Kluang.

Sayu hati melihat 2 orang anaknya, Nor Iman Shah, 12 Tahun dan Nor Rahil Raihan 3 Tahun mengalami penyakit lebihan cecair dikepala ( Hydrocephulas ).

Ketabahan Sdr Mohd Sharul dan isterinya dalam menjaga anak2nya sangat2 dikagumi, doa kami semoga keluarga ini sentiasa dipermudahkan Allah SWT.

Kunjungan kami petang ini disambut mesra Sdr Mohd Sharul dan berkongsi cerita tentang anak2nya.


Sumbangan barangan makanan, tissu basah, baju dan lain2 disampaikan dalam kunjungan tersebut.

Terima kasih kepada YB Chew Chong Sin, yang menyumbang barangan makanan dan juga para dermawan yang budiman.


Hadir menyampaikan sumbangan, Sdr Kalytas , Ketua Cabang Kluang, Sdr Zakaria, Naib Ketua Cabang, Pn Teh Ben Siang , Sdr Johan Arif dan Sdr Jaafar dari Jingga 13 Kluang.

#KeadilanKluang

#MuafakatPrihatinBerani

TAHNIAH BUAT KOMRAD RIZAL DAN LIYANA , PEROLEH CAHAYA MATA COMEL

 Jingga13  Malaysia merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada komrad Rizal  Koordinator Jingga13 Perlis dan Bendahari Jingga13 Perlis  Komrad Liyana yang selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang comel di Hospital Tuanku Fauziah Kangar .Perlis pada hari mulia ini Jumaat , 5 Februari 2021 .



Semoga kelahiran bayi comel ini akan menambah kecerian , kebahagian dan kerahmatan oleh Allah kepada mereka sekelurga dan bayi tersebut menjadi anak solehah yang sihat walafiat , panjang umur , pintar dan murah rezeki . Amin 

Wednesday 3 February 2021

JINGGA13 PENGERANG BERSAMA KEADILAN RANTING ADELA ZIARAH KASIH SDR SHUKOR YANG MENDERITA SAKIT

 Jingga 13 Penggerang bersama Keadilan Ranting Adela telah  menyampaikan amanah dan sumbangan sahabat2 yang prihatin nasib buat saudara Shukor bin Samsu yang menderita sakit tidak mampu untuk bergerak dan hanya terlantar di katil .... 

Sumbnagnan tersebut disampaikan oleh Koordinator Jingga13 Pengerang Sdr Zaid bin.Ahnad bersama anggota Sekretariat Jingga13 Pengerang dan Anggota Keadilan Ranting Adela .

Marilah kita sama-sama mendokan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan urusan.

Mwnueurt Sde Ziad bin Ahmad , "Di kesempatan ini Jingga13 Pengerang mengucapkan jutaan terima kasih ditujukan  kepada para penyumbang  yang sudi menyumbangkan sedikit bantuan kewangan. Mudah-mudahan usaha yang dilakukan ini hanya Allah jua dapat membalas segala kebaikan tuan2 para penyumbang yang budiman semua. Semoga para penyumbang diluaskan rezekinya dan diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan."insyallah .


Tuesday 2 February 2021

FARIZ MUSA RAKAM TERIMA KASIH ATAS DOA SEMUA SEMOGA MAJLIS AKAD NIKAH ANAKANDA BELIAU SEMPURNA DALAM PKP

 Alhamdukillah , anakanda sulong saya LtAlhamdulillah (Dr) Nor 'Atirah Hidayah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Lt Mohamed Redzwan . Majlis akad nikah berlangsung di rumah neneknya di Marang dengan sempurna dan ceria serta sepenuhnya mematuhi  SOP yang telah ditetapkn . 

Rasa terkilan kerana tidak dapat mengadakan kenduri yang terpaksa dibatalkan tempahan oleh kerana PKP , saya sekeluarga mohon kemaafan  . 

Rasa kekurangan kerana adik2 saya , anak2 sedsra , cucu2 sedara yg berada di luar Terengganu serta saudara mara jauh dan dekat tidak dapat meraikan bersama detik2 bersejarah ini . 



Namun saya sekeluarga merakamkan ucapan terima kasih atas doa dan ucapan yang diberikan oleh para sahabat , rakan taulan agar majlis akad nikah hari ini berjalan dengan jayanya dan dipermudahkan oleh Allah . 

Semoga Allah membalas jua . Amin Ya Rabbal'alamin


Fariz Musa 

Ketua Koordinator

Jingga13 Malaysia

Monday 1 February 2021

JINGGA13 PAHANG DAN PEKAN RAYU SUMBANGAN BAIKI ATAP DAN DINDING RUMAH SDR FADLY

" Berat mata memandang , berat lagi bahu yabg memikul ...." Demikianlah keadaan rumah Sdr Mohd Fadly Hisham bin Ramli beralamat di No 5A Kampung Siong 266600 Pekan , Pahang .    

Bayangkn sewaktu hujan lebat  , sudah pasti Sdr Fadly sekeluarga dalam keadaan yang sangat menyedihkan , rumah basah akibat daripada atap bocor dan rosak 





Sdr Fadly bekerja sebagai pemotong rumput yang berpendapatan tidak menentu sudah pasti tidak mampu untuk membaiki atap zink rumah beliau yang sangat uzur dan boleh roboh bila-bila masa sahaja serta dinding rumah yang hanya ditutupi plastik putih .

Bayangkan bagaimana keselamatan mereka sekelurga . Beliau tinggal bersama 5 ahli keluarga dan sehingga kini tiada sesiapa pun datang membantu walaupun Parlimen Pekan diwakili oleh Mantan Perdanaa Menteri Malaysia  .

Justeru Jingga13 Pahang dan Pekan merayu warga yang prihatin dan belas ehsan mana-mana pihak untuk membantu bagi membaiki atap rumah Sdr Fadly. . 

Pihak kami memerlukan kos RM1500 untuk membeli atap zink , kayu , papan dan sebagainya serta akan membaiki secara gotong -royong . 

Sebarang pertanyaan atau sumbangan bolehlah menghubungi Sdr Razali A. Bakar . Koordinator Jingha13 Pahang di talian /whasap 0129643188 atau Sdr Mat Diah , Koordinator Jingga13 Pekan di talian / whasap  0103371656 .










JINGGA13 KUANTAN BERSAMA NGO TURUN AGIH SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KUANTAN

 

Team Jingga 13 Kuantan bersama NGO Kuantan Prihatin dan My Care Pahang telah turun mengedarkan sumbangan barangan makanan pasca selepas banjir sekitar Parlimen Kuantan.

Menurut Koordinator Jingha13 Kuantan Sdr Shahril , " semoga sumbangan barangan makanan ini dapat meringankan bebanan mereka ". 







Sunday 31 January 2021

SUMBANGAN PRIHATIN KEADILAN KLUANG BERSAMA JINGGA 13 KLUANG

Ahad, 31 Jan 2021 lalu ,  keadilan Kluang bersama Jingga 13 Kluang menyampaikan sumbangan barangan makanan daripada Pej Adun Mengkibol kepada 4 keluarga yang terkesan dengan perlaksanaan PKP akibat penularan Covid-19.

Terima kasih kepada YB Chew Chong Sin yang sentiasa prihatin kepada masyarakat yang terkesan dan juga ajk Keadilan Kluang dan Jingga 13 Kluang yang meluangkan masa untuk menyampaikan kepada yang memerlukan.



#KeadilanKluang

#Jingga13Kluang

#DemiRakyat

#MuafakatPrihatinBerani

AYUH KOMRAD ... MUAFAKAT


Terima kasih kepada Komrad Jaafar bin Matre , Setiausaha Jingga13 Johor atas video menarik ini. 

JINGGA13 KOTA TINGGI PRIHATIN KEHIDUPAN WARGA DESA SEKITAR KOTA TINGGI TERKESAN PASCA BANJIR

Musibah Banjir yang melanda Kota Tinggi baru-baru ini telah memusnahkan banyak harta benda termasuk perabut, alatan elektrik, barangan dapur, binatang ternakan dan pelbagai lagi kemusnahan.

Golongan terbabit terpaksa memulakan semula kehidupan bermula daripada bawah. Dengan masalah pendemik COVID-19 yang membataskan kemampuan ekonomi, telah membantutkan segala bantuan sosial.

Jingga13 Kota Tinggi yang dipimpin oleh Koordinator nya Sdr Kamaluddin Md Simpol bersama Sdr Menhad Awab telah menghulurkan Sumbangan Peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.


Sumbangan tersebut telah dipusatkan ke kawasan yang terjejas teruk termasuk Kg. Kelantan, Kg Panti dan Tmn Kota Jaya. Barang keperluan dapur dan harian, selimut tidur dan alas tidur toto serta sumbangan tunai telah dihulurkan kepada mereka.

Keseluruhan penerima melahirkan ucapan terima kasih dengan perasaan terharu bercampur sedih. Semoga mereka tabah atas ujian ini dan bersedia bangkit semula untuk meneruskan kehidupan.

Tahniah Jingga13 Kota Tinggi, Sdr Kamaluddin Md Simpol serta Sdr Menhad Awab atas keprihatinan Kalian.



#MuafakatPrihatinBerani