Friday 29 January 2021

JINGGA13 KUANTAN BERSAMA MYCARE DAN KUANTAN PRIHATIN CUCI RUMAH SEKITAR KG GUDANG RASAU , KUANTAN

Gandingan 3 NGO iaitu Jingga 13 Kuantan , Kuantan Prihatin dan My Care telah menggerakkan kerja-kerja mencuci rumah di sekitar Kg Gudang Rasau dekat Tebing Sungai Belat, Kuantan.



Menurut Sdr Shahril , Koordinator Jingga13 Kuantan , " Keadaan banjir lumpur sangat menyedihkan dan memerlukan tenaga kerja yang ramai dan  water jet bagi mencuci rumah mereka , tak sempat kami balik tukar baju....mereka minta tolong , kita terus terus bantu mereka ".













Wednesday 27 January 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI RAYU BANTU IBU TUNGGAL PERLUKAN BANTUAN AKIBAT TERKESAN PENDEMIK COVID-19

Seorang Ibu Tunggal Saimah bte Ibrahim tinggal bersama 2 orang anak dan menjaga Ibu Tunggal yang telah uzur dan buta sebelah matanya, perlukan perhatian dan sumbangan dari keprihatinan daripada Jingga13 Kota Tinggi.

Beliau merupakan anak peneroka yang menumpang hidup dirumah ibunya di Felda Pasir Raja, Kota Tinggi. Johor. Beliau tidak punyai sebarang pendapatan dan hanya menumpang ikhsan ibunya. Sementara ibunya pula hanya memperolehi duit Sara hidup Felda RM 1000 sebulan. Beliau juga tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana mana pihak.


Atas keprihatinan dan simpati, Sdri Aliza bte Mohamad selaku Setiausaha Jingga13 Kota Tinggi telah terpanggil untuk membantu. Beliau telah hadir menghulurkan sumbangan berupa barang2 keperluan harian.

Beliau juga hadir bersama Amil Baitulmal Ulu Sungai Johor, En Azahari bin Adam agar perkara ini bisa di ketengahkan dan mendapat perhatian Pihak Baitulmal.

Jingga13 Kota Tinggi merakamkam ucapan terima kasih kepada Sdri Aliza bte Mohamad yang begitu prihatin membantu golongan ASNAF yang memerlukan bantuan. Juga ucapan terima kasih kepada Amil Baitulmal En Azahari bin Adam.


#MuafakatPrihatinBerani

Tuesday 26 January 2021

Misi Prihatin Banjir Jingga13 Malaysia

 


Assalammualaikum & Selamat sejahtera


Laporan Jingga 13 Malaysia


Alhamdulillah, kami gerakkan Jingga13 Rescue Team dalam misi #Prihatin Banjir dan Pasca Banjir. #RakanNADMA


https://jingga13malaysia.blogspot.com/2015/01/laporan-misi-prihatin-banjir-jingga-13.html


https://jingga13malaysia.blogspot.com/2021/01/jingga13-pahng-pahang-lancar-misi.html


https://jingga13malaysia.blogspot.com/2021/01/jingga13-rescue-team-pahang-bersama-ngo.html


https://jingga13malaysia.blogspot.com/2021/01/jingga13-bera-hulur-sumbangan-air.html


Walaubagaimanapun masih banyak kawasan perlukan perhatian kita.


Jingga 13 Malaysia menguruskan & bergerak melalui Jingga 13 Negeri-Negeri bersama NGO tempatan di kawasan terkesan. 


Terima kasih 


Jom teruskan.


Email salinan resit sumbangan ke jingga13malaysia@gmail.com bagi tujuan laporan kewangan.


Semoga diberkati..