Friday 15 January 2021

Jingga 13 Negeri Perlis Bantu Sampaikan Sumbangan Kepada Penerima Di Bintong.

Khamis - 14 Januari 2021 -  Jingga 13 Kangar,Perlis membantu menyampaikan sumbangan daripada Tuan Marja Ketua Wanita Cabang Kangar kepada penerima yang memerlukan Di Bintong Kangar.


Wakil Jingga 13 Negeri Perlis, Sdra. Rosmaini  bersama Pn. Syiha, Komrad Jingga 13 Kangar, telah diamanahkan sebagai pemudah cara, dalam usaha menyampaikan sumbangan ini. Selain daripada itu pihak Jingga 13 Perlis juga akan membantu penerima ini untuk berurusan dengan agensi kerajaan seperti JKM dan Baitulmal .Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan sempurna serta dipermudahkan.


Wednesday 13 January 2021

JINGGA13 KLUANG DAN PKR KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN ' PRIHATIN BANJIR ' DI PERKAMPUNGAN ORANG ASAL, KG. TANAH RUNTUH

Selasa, 12 Jan 2021 , 6.00 Petang , Keadilan Cabang Kluang bersama2 Jingga 13 Kluang menyampaikan sumbangan beras dan juga keperluan kebersihan diri kepada mangsa banjir di Kg Tanah Runtuh Kluang.


Sebanyak 40 keluarga orang asal telah menerima sumbangan yang telah di sampaikan oleh ;

Kalytas - Ketua Cabang Kluang

Jaafar - Koordinator Jingga 13 Kluang

Rosli - AJK Jingga 13 Kluang

Johan Arif - AJK Jingga 13 Kluang

Kamarudin - AJK Cabang Kluang

Terima kasih kepada penderma yang budiman bagi menjayakan program sumbangan tersebut.








































Tuesday 12 January 2021

JINGGA13 PAHANG LANCAR MISI PRIHATIN DI PEKAN , PAHANG

 Sekali lagi Jingga Pahang telah melancarkam misi bantuan banjir di Pekan , Pahang . 

Menurit Sdr Razali , Koordinator Jingga13 Pahang ." Team Jingga13 Pahang  memfokuskan ke kawasan Kg. Kiambang ,  Gancong , Pekan . Sejumlah 5 famili telah terkandas dan mereka sudah mula kekurangan barang makanan ". 


Team Jingga13 Pahang terpaksa meredah banjir dengan menggunakan bot untuk menyampaikan barang makanan tersebut .