Thursday 2 December 2021

JINGGA13 MALAYSIA BERSAMA NGO SERAH MEMORANDUM BANTAHAN KENAIKAN HARGA BARANG MAKANAN KEPADA YB KETUA PEMBANGKANG

Hari ini, 2 Disember 2021, 10.40 pagi bertempat di pintu utama Parlimen Malaysia telah diadakan majlis penyerahan Memorandum Bantahan Kenaikkan Harga Barang oleh NGO kepada Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim.

 Jingga13 Malaysia diwakili Komrad Afzainizam Abd Rahman, Setiausaha Agung Jingga13 Malaysia.


Ekoran kenaikan harga barang makanan yang melambung tinggi sudah pasti yang terkesan adalah rakyat jelata . Justeru kehadiran NGO terdiri daripada Gabungan  Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia ( GBMRM ) , Otai Reformasi , Jingga13 Malaysia dan Gerak 98 memohon agar YB Ketua Pembangkang membawa isu ini ke parlimen mendesak agar kerajaan di bawah pimpinan YAB DS Ismail Sabri mengambil tindakan segera .