Sunday 17 October 2021

JINGGA13 SANGKAL ZURAIDAH BAHAWA RAKYAT TEMPATAN TIDAK MINAT BEKERJA DALAM SEKTOR PERLADANGAN TETAPI LEBIH UTAMAKAN PEKERJA ASING

Kenyataan Media 

Jingga13 Malaysia


17 Oktober 2021


JINGGA13 SANGKAL ZURAIDAH BAHAWA RAKYAT TEMPATAN TIDAK MINAT BEKERJA DALAM SEKTOR PERLADANGAN TETAPI LEBIH UTAMAKAN PEKERJA ASING

JIngga13 Malaysia menolak dan menyanggah dakwaan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin yang mendakwa rakyat tempatan tidak minat bekerja di ladang walaupun gaji lumayan. Dan adakah dianggap lumayan dengan pendapatan RM2000 sebulan sekarang ini ??? 

Dakwaan ini sebenarnya hanyalah sekadar retorik dan dakwaan palsu semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan Keluarga Malaysia dalam menangani masalah kekurangan pekerja sektor perladangan di mana tawaran RM 2000 itu sebenarnya hanyalah satu helah bagi menghalalkan tindakan beliau untuk membenarkan kemasukkan pekerja asing ke Malaysia.

Banyak lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan menerusi Kementerian beliau termasuklah memberi kursus dan skim bantuan dan insentif yang menarik kepada pengusaha ladang bagi menarik minat anak-anak muda untuk bekerja di sektor perladangan.

Selain dari itu tindakan Menteri ini lebih kepada langkah terdesak dan tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab sebenar Menteri adalah untuk menjadikan sektor perladangan ini maju dan berkembang selaras dengan Rancangan Malaysia ke 12 dan Dasar Sumber Manusia Negara dibawah Pelan Strategik Kementerian Sumber Manusia 2020-2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat iaitu MENGUTAMAKAN PEKERJAAN KEPADA WARGANEGARA !

Jingga13 Malaysia mendesak Zuraida Kamaruddin supaya menaikkan gaji pokok pekerja ladang tempatan kepada RM 1500 sebulan serta pelbagai insentif dan rangsangan yang terbaik bagi menaikkan minat pekerja tempatan. Selain itu disediakan elaun perumahan dan kerja lebih masa bagi membela nasib mereka.

Zuraidah usah sibuk mahu menundingkan jari kepada rakyat semata-mata tetapi adalah menjadi tanggungjawab beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab agar menjadikan sektor perladangan ini menerik minat terutama anak-anak muda untuk bekerja dalam sektor perladangan bukannya melambakkan pekerja asing . Kalau tidak mampu LETAK JAWATAN ! 

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


MOHD AFFENDI HAJI ABAS

Timbalan Setiausaha Agung 2 i

Jingga13 Malaysia