Monday 18 October 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI MENYANTUNI SDR MINHAD DAN SDR HAMID DIKEDIAMAN MEREKA DI FELDA BUKIT BESAR.

Sebelum ini komrad Jingga13 Kota tinggi yang juga merupakan Amil Baitulmal Ustaz Azahari Adam telah menziarahi Sdr Minhad Awab dan memohonkan bantuan Baitulmal untuk beliau dan alhamdulillah permohonan beliau telah diluluskan.


Hari ini, koordinator nya Sdr Kamaludin Md Simpol bersama Sdr Salim Masron dan Sdr Razak Aziz telah sekali lagi menziarahi beliau dan menghulurkan sumbangan barangan dapur. Beliau yang baru ditimpa sakit stroke kini dijaga sepenuhnya oleh keluarganya dan masih menggunakan tiup untuk makan dan minum.


lawatan kedua, ke rumah Sdr Hamid Aziz yang telah ditimpa kemalangan ditempat kerja. Beliau mengalami kecederaan di kepala dan bahagian belakang. Sekarang ini beliau hanya mampu bergerak sedikit sedikit sahaja. Sedikit bantuan dan sumbangan barangan dapur telah dihulurkan kepada beliau.

Pihak kami Jingga13 Kota Tinggi mendoakan agar Sdr Minhad dan Sdr Hamid diberikan kesembuhan dengan segera dan sihat seperti biasa. Semoga sumbangan dari Jingga13 Kota Tinggi ini dapatlah meringankan perbelanjaan mereka sekeluarga.

#MuafakatPrihatinBerani