Saturday 18 September 2021

IBU TUNGGAL BERSAMA 2 ANAK YATIM YANG KEMATIAN BAPA/SUAMI AKIBAT COVID19 DAPAT PERHATIAN JINGGA13 KOTA TINGGI

Kematian adalah satu kepastian, namun kematian disebabkan pendemik covid adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Kehilangannya begitu pantas dan terlalu cepat. Tidak dapat menjaga atau melawat sewaktu sakit dan tidak dapat mengadap sewaktu sakaratulmaut. Malah tidak dapat menatap wajah selepas meninggal. Inilah kesedihan yang dihadapi oleh keluarga yang ditinggalkan.

Hari ini Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol (Koordinator), Sdri Linda bte Hj Sanip (Jinggawanis)serta Ustaz Azahari Adam (Amil Baitulmal) hadir menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada pewaris arwah iaitu Puan Anis Saheerra bte Mohd Shah bersama 2 orang anak beliau yang masih kecil. Puan Anis juga sedang sarat mengandung anak yang ke 3.

Sebelum ini, Jingga13 Johor telah mendaftarkan permohonan beliau kepada Yayasan Aman untuk bantuan  anak-anak beliau yang menjadi yatim akibat Covid19. Permohonannya masih dalam proses lagi.

Selain sumbangan barang makanan dan barangan dapur, Jingga13 Kota Tinggi juga membantu mendaftarkan keluarga tersebut untuk bantuan Baitulmal. Ustaz Azahari (Amil Baitulmal) telah beri jaminan akan berusaha memastikan keluarga ini mendapat bantuan yang sepatutnya.

Terima kasih kepada Jingga13 Kota Tinggi dan Amil Baitulmal atas keprihatinan kalian. Moga  kesedihan yang dideritai oleh keluarga tersebut, terubat oleh usaha kalian.


#MuafakatPrihatinBerani