Thursday 22 July 2021

JINGGA13 SEKIJANG BERSAMA PUSAT KHIDMAT PARLIMEN SEKIJANG AGIH 200 BAKUL MAKANAN DI LAPAN BUAH KAMPUNG

18 & 19 JULAI, 2021 : Team parlimen dan komrad komrad jingga13 Sekijang telah bersama sama  mengagihkan sebanyak 200 Bakul Makanan kepada  8 buah kampung dalam kawasan PARLIMEN SEKIJANG, DUN KEMELAH. Kampung2 yang diziarahi :

Kg Pogoh 2 (Kg Lubuk Selumar), Kg Pogoh Tengah, Kg Tekam, Kg Paya Besar, Kg Melayu Raya, Kg Genuang Baru, Gugusan Felcra Sekijang dan Felda Kemelah.



Sambutan hangat dari semua Ketua Kampung yg kami lawati ini mengeratkan tali silatulrahim di antara pemimpin dan penduduk-penduduk di kampung-kampung tersebut. 

Komrad Surya Syasharena binti Said , Setiausaha Jingga13 Sekijang berkata,  " Dalam lawatan tersebut terlalu banyak kenangan manis yang kami perolehi. Pemberian hasil-hasil dari kampung menjadi buah tangan untuk rombongan kami bawa pulang - durian, rambutan, cempedak, serawa durian serta makanan frozen (sejukbeku).  Alhamdulillah , rezeki buat semua team parlimen n komrad komrad jingga13 Sekijang ".