Friday 30 July 2021

JINGGA13 KELANTAN ZIARAH KASIH DAN HULUR SUMBANGAN KEPADA SEORANG BALU BARU KEMATIAN SUAMI PUAN ZURAINI YANG DERITA STROKE

Jingga 13 Negeri Kelantan yang diwakili Koordinatornya Komrad Riezal Abdul Rahim ,Timbalan Koordinatornya Komrad Mat Lajin Nawang dan Setiausha Komrad Stuzyrlawati Safii melawat seorang balu yang sakit stroke iaitu Puan Zuraini yang kematian suami 3 hari lepas di Kg Tepus, Gunong, Bachok , Kelantan. 

Beliau mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah dari umur 19 hingga 9 tahun.  Beliau sekeluarga benar-benar merasakan lesukaran kerana tulang puggung keluarga iaitu arwah suaminya telah pulang kerahmatullah sedangkan beliau pula tidak boleh berbuat apa-apa kerana menderitai sakit stroke.  

Semoga sedikit sumbangan barangan makanan tersebut dapat meringankan bebanan mereka sekeluarga.