Friday 23 July 2021

Jingga 13 Perlis sampaikan sumbangan Pengerusi PH Perlis kepada keluarga Puan Rosnani

Pada hari Ahad lepas pihak Jingga 13 Perlis berkesempatan berkunjung ke rumah Puan Rosnani di Parlimen Arau dan menyampaikan sedikit barangan dapur yang disumbangkan oleh Pengerusi PH Perlis YB Noor Amin bin Ahmad.

Jingga 13 Perlis diwakili oleh Saudara Hasparizal , Saudari Nur Liyana , Saudari Norazura dan  Puan Tuan Marja Tuan Mat berkesempatan mendapatkan maklumat tentang masalah yang di hadapi oleh keluarga tersebut. 

Terima kasih kepada Puan Noor yang memberikan informasi tentang keluarga tersebut