Sunday 20 June 2021

JINGGA13 SEKIJANG BERSAMA YB NATRAH MP SEKIJANG DAN AMK SEKIJANG MEMBuAT LAPORAN POLIS TERHADAP TAKIYUDDIN

Pada 19/06/2021, tiga laporan polis dibuat oleh YB Natrah Ismail , Ahli Parlimen Sekijang, Jingga13 Sekijang dan AMK Cabang Sekijang terhadap YB DS Takiyuddin Hassan diatas kebiadapan dan derhaka terhadap YDP Agong.. 

Pendedahan yang dibuat YB DS Takiyuddin Hassan di Wawancara Harakah yang jelas mempersendakan titah DYMM Yang Dipertuan Agong yang menyatakan agar disegerakan persidangan Parlimen.Namun, YB DS Takiyuddin menyatakan bahawa PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menetapkan Parlimen akan bersidang pada bulan September iaitu 3 bulan lagi.

Menurut Komrad Mohd Khair Rabu, Koordinator Jingga13 Sekijang , " Jelas di sini menunjukkan bahawa YB DS Takiyuddin ingin menunjukkan bahawa kuasa PM adalah lebih besar daripada kuasa DYMM YDP Agong.Perkara ini jelas menunjukkan kebiadapan dan derhaka beliau terhadap titah DYMM YDP Agong ".

Tambah beliau lagi , " Oleh itu kami,menggesa agar pihak Polis menyiasat dan mengambil tindakan lebih tegas terhadap isu ini kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan Bahagian lV Persekutuan Bab 2 Majlis Raja-Raja Perkara 38 serta beliau boleh dicaj dibawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ".