Monday 21 June 2021

JINGGA13 MELAKA DENGAN KERJASAMA RANTING KEADILAN TAMAN RUMPUN BAHGIA SANTUNI 3 KAUM YANG TERJEJAS KERANA LOCKDOWN

 Ahad 20hb Jun 2021. Hari ini Jingga13 Negeri Melaka berkesempatan menghulurkan bantuan barang runcitan asas kepada 3 keluarga/penerima sekitar Bandar Melaka yang terjejas akibat Pandemik dan Lockdown Covid-19.

Ketua Koordinator Jingga13 Melaka, komrad Shah Kesuma Jaya dan komrad Stanley Hafiz dgn kerjasama Cikgu Tamil Salvan, Ketua Ranting Taman Rumpun Bahagia menziarahi dan menyerahkan sumbangan.

Penerima En. Villaya Alagiri di Jalan Gajah Berang merupakan tukang kebun sekolah(sandaran), namun kini penganggur. Anak lelakinya V. Vekneswaran(33tahun) adalah seorang OKU.

Penerima En. Set Too Nam di Taman Rumpun Bahagia merupakan seorang Pesakit Kanser Perut. Dia memerlukan bekalan Susu Tepung Khas sebagai khasiat wajib  setiap hari. Dia juga seorang penganggur bujang.

Penerima Puan Rokiah binti Baba di Taman Rumpun Bahagia, seorang Ibu Tunggal berumur 78tahun mengalami masalah pergerakan/berjalan. Dia menggunakan Tongkat dan kerusi rods utk bergerak.

Untuk Insan2 atau Dermawan yg ingin bantu ringankan beban mereka, bolehlah menghubungi:

1. Villaya Alagiri: 016-3173590

2. Set Too Nam: 011-10556167

3. Rokiah bte Baba: 017-6853929 

Secara terus atau menghubungi/WhatsApp saudara Shah Kesuma Jayan, Koordinafor Jingga13 Melaka di 012-9727392 atau Bendahari Jingga13 Melaka, komrad Md. Ali Mas'ud di 016-4471262 untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka2 yg memerlukan bantuan seperti diatas.