Thursday 24 June 2021

AMMAR FIRDAUS DILANTIK KOORDINATOR JINGGA13 JASIN. MELAKA

Koordinator Jingga13 Melaka Komrad Shah Kesuma Jaya telah melantik Komrad Ammar Firdays bin Suboh sebagai Koordinator Jingga13 Jasin .

Komrad Ammar Firdaus yang juga merupakan Setiausaha Kerja AMK Negeri Melaka , memiliki Ijazah Sarjana  Muda  Pengurusan Pembangunan dari Universiti Utara Malaysia . Beliau telah pun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak . 

Beliau juga bergerak aktif di peringkat Parti Keadilan Rakyat Cabang Jasin sebagai Ahli Jawatankuasa Keadilan Cabang Jasin dan juga Setiausaha AMk Cabang Jasin sudah pasti mempunyai daya kepimpinan terbaik untuk memimpin  jingga13 Jasin .

Komrad Shah Kesuma Jaya , Koordinator Jingga13 Melaka berkata ,"  Semoga Komrad Ammar Firdaus akan membentuk anggota Sekretariat jingga13 Jasin dengan segera bagi menjalankan kerja-kerja amal kebajikan di Parlimen jasin " .