Tuesday 18 May 2021

HISHAMUDDIN TIDAK PERLU SIBUK MENYELAR TINDAKAN PBB, HENTIKAN DAHULU PERDAGANGAN MALAYSIA - ISRAEL, ANTARA PENYUMBANG 'PELURU' MEMBUNUH RAKYAT PALASTIN

 Kenyataan Media

Jingga13 Malaysia 

18 Mei 2021 

HISHAMUDDIN TIDAK PERLU SIBUK MENYELAR TINDAKAN PBB, HENTIKAN DAHULU PERDAGANGAN MALAYSIA - ISRAEL, ANTARA PENYUMBANG 'PELURU' MEMBUNUH RAKYAT PALASTIN

#

Menteri Luar Negeri Hishamuddin Hussein dalam kenyataannya menyelar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tidak mengambil tindakan terhadap Israel.

Semua orang sudah tahu itulah sikap PBB yang sudah berpuluh tahun tiada tindakan proaktif terhadap Israel. Ribuan rakyat Palastin yang dibunuh dan diseksa oleh tentera Rejim Zionis Israel langsung tidak diendahkan oleh PBB.  

Bagi Jingga13 Malaysia, beliau tidak perlu menjadi 'hero' memandangkan Malaysia adalah salah satu antara negara yang melakukan hubungan perdagangan yang sangat erat dan aktif dengan Israel. Hampir setiap hari kapal ZIM milik Israel Corporation masuk berlabuh dan punggah-memunggah naik turun kontena-kontena mereka. 

Walaupun Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara tersebut. Ini hanyalah retorik sahaja, sejak UMNO-BN memerintah lagi.  Kapal-kapal dagang Israel boleh masuk ke negara kita bila-bila masa sahaja. Pintu negara dibuka seluas-luasnya kepada kapal-kapal perdagangan Zionis Israel. 

Sedangkan hakikatnya, Malaysia terus mempunyai hubungan perdagangan yang turut menyumbang kepada ekonomi negara haram Israel, malah ia memberi makna bahawa Malaysia juga adalah negara yang menyumbang ke arah pembelian 'peluru' yang membunuh rakyat Palestin. Sebab itu Hishamuddin Hussein tidak perlu berlakun menyelar Israel dan PBB memandangkan Malaysia adalah negara yang mesra Isreal. Umpama ayam berkokok berderai tapi ekor begelumang tahi. 

Jingga13 Malaysia telah mendedahkan berkaitan hubungan perdagangan Malaysia-Israel pada tahun 2012 , Jingga 13: Bukti video, kapal Israel di Pelabuhan Klang https://m.malaysiakini.com/news/189692

Malaysia-Israel: Kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang http://www.themalaysianview.com/2012/02/malaysia-israel-kapal-israel-berlabuh.html?m=1

Dua Kapal Israel di Pelabuhan Klang (Westport) https://www.milosuam.net/2012/02/dua-buah-kapal-israel-di-pelabuhan.html?m=1

ZIM Atlantic di Westport , Pelabuhan Klang

ZIM USA di Westport , Pelabuhan Klang

Bujti rakaman video berlaku Westport.  Pelabuhan Klang

Bukti "Sailing Clearance " kapal ZIM Atlantic daripada Pelabuhan Ashdod , Israel terus ke Pelabuhan Klang 

Bukti pengimportan kayu balak ke Pelabuhan Ashdod Israel yabg dicop oleh Kastam Malaysia di Pelabuhan Klang


Banyak trailer yang membawa kontena ZIM setiap hari di atas lebuhraya negara kita ke Pelabuhan Klang 

Bukan sahaja kemasukan kapal Zim milik Israel Corporation, malah timbunan kontena kapal ZIM yang ada di West Port, Pelabuhan Klang membuktikan bahawa wujudnya perdadangan antara Malaysia-Israel. Termasuklah pendedahan bukti yang sebuah syarikat pembalakan Malaysia mengeksport kayu balak terus ke Haifa, Israel melalui kapal ZIM . 

Kenyataan Perdana Menteri Muhyidin Yassin dan Menteri Luar Negara Hisamudin Hussein mengutuk Israel adalah kata-kata penyedap halwa telinga dengan lakunan muka sedih yang kononnya bersimpati dengan ap1a yang berlaku di Palastine , tapi seruan mereka berdua ini merupakan retorik semata-mata. Hentikan dahulu hubungan perdagangan Malaysia - Isreal baru layak untuk bercakap mempertahankan rakyat Palatine.

Malah sehingga sekarang Perdana Menteri terlalu takut untuk mengistiharkan Israel sebagai sebuah negara penganas. Jingga13 Malaysia sekali lagi mencabar Perdana Menteri Muhyidin Yassin mengistiharkan Israel sebagai sebuah negara penganas dan menghentikan hubungan dagang Malaysia-Israel dengan SEGERA. 

Muafakat*Prihatin*Berani 


FARIZ MUSA 

Ketua Koordinator 

Jingga13 Malaysia