Saturday 17 April 2021

JINGGA13 PADANG BESAR JEJAK ASNAF RAMADHAN KELUARGA ADIK HUZZA UMAR DERITA KERANA KESILAPAN DOKTOR KINI MASIH SETAHUN SETENGAH DI ICU

Dalam siri Jejak Asnaf Ramadhan jingga13 Padamg Besar , Perlis ,  Koordinator Jingga13 Padang Besar Sdr Abdul Rahman menjejaki asnaf di kawasan Padang Besar dengan mengadakan lawatan kepada keluarga En. Jurdzman bin Jaafar yang anak kepada beliau yang masih berada di dalam wad ICU Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis semenjak lahir selama setahun setengah sehingga sekarang . 


Keadaan ini berlaku kerana kesilapan doktor yang memasukkan wayar ke dalam saluran pernafasan adik Huzza Umar bin Jurdzman dimana wayar tersebut agak besar dan tidak sepadan dengan saiz bayi yang menyebabkan saluran pernafasan tersebut telah berlubang/ terkoyak. Keadaan menjadi rumit setelah saluran pernafasan yang terkoyak tersebut telah ditumbuhi dengan daging bayi tersebut yang semakin membesar dan menyebabkan koyakan tersebut menjadi semakin besar. 

Keluarga En. Jurdzman bin Jaafar yang sebelum ini bergantung pendapatan daripada En. Jurdzman yang bekerja sebagai pemandu bas. Namun sekarang beliau telah kehilangan sumber pendapatan akibat daripada syarikat bas tersebut telah gulung tikar tidak dapat meneruskan operasi peniagaan bas. 


#JejakAsnafRamadhan 
#Jingga13PadangBesar . 
#Jingga13Perlis